KUALA LUMPUR – Satu khabar yang amat dinantikan akhirnya tiba buat golongan bujang di seluruh negara. Bermula hari ini, 16 Januari 2026, Kementerian Kewangan secara rasminya telah memulakan proses pengkreditan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi kategori bulanan khusus untuk individu bujang.


Inisiatif di bawah payung Sumbangan Asas Rahmah ini merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga, terutamanya dalam mendepani cabaran kos sara hidup semasa. Pemberian ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan dan meringankan beban kewangan harian para penerima yang layak.


Bagi mereka yang berada dala kategori ini, anda dinasihatkan untuk menyemak akaun bank masing-masing atau melalui saluran yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian bagi memastikan bantuan tersebut telah diterima dengan jayanya.