KUALA LUMPUR – Bermula sejak semalam, kembalinya kecoh di sosial media mengatakan bahawa gambar kecederaan arwah Zayn Rayyan telah dikongsikan dan tular di Telegram, lebih spesifiknya di saluran yang bernama Edisi Siasat.

@negaranews

BERITA – Bermula sejak semalam, kembalinya kecoh di sosial media mengatakan bahawa gambar kecederaan arwah Zayn Rayyan telah dikongsikan dan tular di Telegram, lebih spesifiknya di saluran yang bernama Edisi Siasat. SUMBER VIDEO : TV ALHIJRAH Klik link di bio untuk membaca artikel penuh. #zaynrayyan #autism #edisisiasat #telegram #negaranews

♬ original sound – Negara News – Negara News

Dalam perkongsian yang dikongsi oleh admin saluran tersebut, ia menunjukkan dua keping gambar yang didakwa oleh mereka adalah gambar kecederaan di bahagian telinga arwah Zayn Rayyan.

Dua gambar itu boleh digambarkan seperti telinga yang ada seakan-akan kesan potongan oleh benda yang tajam seperti gunting mahupun pisau.

Dibahagian kapsyen, admin yang berkongsi gambar itu berkata ;

Begini keadaan telinga arwah Rayyan ketika ditemui. Telah digunting dan telah mengalami kecederaan yang parah !!

“Cuba bayangkan kesakitan yang dilalui anak syurga tu ketika dijerut, telinga digunting dan tangan ditoreh !!” dan banyak lagi.

Setakat ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihak polis sedang menyiasat dan mengesan siapa orang yang terbabit dalam penyebaran gambar bahan bukti kes itu.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

“Satu laporan polis dibuat Pegawai Penyiasat kes susulan penularan antara gambar bahan bukti kes berkenaan. Kita akan mengesan individu yang disyaki terbabit penyebaran itu,”

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

SUMBER : BERITA HARIAN, EDISI SIASAT (TELEGRAM)