SEOUL, 29 Okt โ€“ Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai โ€œpembawa damai Asiaโ€ selepas kejayaan Malaysia memeterai Perjanjian Damai Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Peace Accord) antara Thailand dan Kemboja baru-baru ini.

Dalam kenyataannya ketika bertemu Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung di Seoul semalam, Trump memuji keupayaan Malaysia memimpin ASEAN secara matang dan berani, sehingga berjaya menamatkan sengketa 500 tahun antara dua negara jiran itu dalam tempoh yang dianggap terpantas dalam sejarah diplomasi moden.

โ€œSaya sendiri menghubungi kedua-dua Perdana Menteri berkenaan selama dua hari, tetapi hanya selepas Malaysia tampil sebagai pengantara di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, rundingan mencapai titik damai. Ia menyelamatkan jutaan nyawa dan menamatkan pertikaian bersejarah yang sudah berlarutan berabad lamanya,โ€ kata Trump.

Beliau turut menyifatkan pendekatan rundingan Malaysia sebagai โ€œcepat, tegas dan berprinsipโ€, sesuatu yang jarang dilihat dalam arena diplomasi antarabangsa hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan kejayaan bersejarah Perjanjian Damai Kuala Lumpur yang dimeterai pada 26 Oktober, selepas perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja dicapai pada 28 Julai lalu. Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, memainkan peranan utama sebagai fasilitator dan pengantara neutral sepanjang proses rundingan.

Trump turut menegaskan bahawa peranan aktif Malaysia membuktikan ASEAN kini menjadi kuasa serantau yang semakin berpengaruh di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.

โ€œApa yang Malaysia lakukan di ASEAN adalah luar biasa. Dunia kini melihat Asia Tenggara bukan lagi sekadar rantau ekonomi, tetapi sebagai model keamanan dan kerjasama,โ€ katanya lagi.

Beliau dijangka menghadiri Sidang Kemuncak APEC 2025 di Gyeongju, Korea Selatan pada 31 Oktober ini, di mana Anwar turut dijangka memainkan peranan penting dalam membincangkan hala tuju ekonomi dan keamanan rantau Indo-Pasifik.

Kejayaan Malaysia ini sekaligus memperkukuh imej negara di pentas global sebagai negara sederhana yang menjadi jambatan diplomasi antara kuasa besar dan jiran serantau, mengukuhkan lagi reputasi Anwar Ibrahim sebagai pemimpin berwibawa dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.