Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa proses reformasi institusi bukanlah satu perkara yang boleh disegerakan secara tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan pendekatan yang tersusun dan teliti.
Beliau menyokong kenyataan Perdana Menteri bahawa reformasi bukan satu “pecutan”, namun pada masa sama mengingatkan orang awam dan penggubal undang-undang bahawa BHEUU, JPM telah menunjukkan komitmen nyata melalui pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan lebih 30 pindaan undang-undang sejak tahun 2023.
Menurut Azalina, ini adalah bukti kukuh bahawa agenda Reformasi MADANI sedang bergerak maju dan bukan sekadar retorik. Beliau menegaskan bahawa setiap pembaharuan perlu bersifat realistik dan boleh dilaksanakan agar memberi kesan yang berpanjangan.
Azalina turut menyatakan bahawa kerajaan MADANI telah meletakkan asas reformasi pada kadar yang belum pernah dicapai oleh pentadbiran sebelum ini, dan hasilnya kini semakin jelas.
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai pelaksanaan agenda reformasi ini melalui portal PetaRI yang diselenggara oleh BHEUU di pautan: https://petari.bheuu.gov.my
#MADANIBekerja #ReformasiMADANI
