Belum Ada Perbincangan Mendalam Bahawa RUU Kekalkan Kerajaan Hingga Akhir Penggal - Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.

Belau bagaimanapun berkata, cadangan mewujudkan RUU itu ada dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri.

Tambahnya, sebelum ini, ada beberapa pandangan secara terbuka atau dalam perbincangan yang lebih khusus mengenai keperluan dan kesesuaian konsep Akta Parlimen Berpenggal Tetap seperi di beberapa negara lain.

“Di beberapa negara lain, kebiasaannya undang-undang antilompat parti disekalikan (dengan Akta Parlimen Berpenggal Tetap) atau ada juga undang-undang yang menetapkan tempoh bagi sesebuah Parlimen.

“Contohnya di United Kingdom ada Akta Parlimen Berpenggal Tetap dan di Amerika Syarikat pula, tempoh bagi seseorang Presiden itu berkhidmat adalah empat tahun kecuali beliau berundur atau meletakkan jawatan lebih awal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan sayap baharu Orchid Wing di OasisEye Specialists di sini, pada Ahad.

Belum Ada Perbincangan Mendalam Bahawa RUU Kekalkan Kerajaan Hingga Akhir Penggal - Fahmi
Belum Ada Perbincangan Mendalam Bahawa RUU Kekalkan Kerajaan Hingga Akhir Penggal - Fahmi

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata cadangan RUU itu dilihat sebagai antara usaha bagi menjamin kestabilan sesebuah negara sekaligus memastikan peristiwa seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal ke-14 Parlimen tidak berulang.

Beliau juga berkata pelantikan Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sangetha Jayakumar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pelabuhan Klang (PLK) bukanlah satu masalah kerana parti itu hanya mengkritik pelantikan polisitik ke syarikat beraitan kerajaan (GLC).

Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti itu berkata, terdapat perbezaan antara GLC dan badan berkanun kerana badan berkanun adalah tertakluk kepada akta dan undang-undangnya sendiri.

“Jadi, pelantikan beliau bukan satu masalah kerana LPK bukan GLC,” katanya justeru menambah bahawa beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet susulan gesaan orang ramai yang inginkan penjelasan mengenai pelantikan sedemikian.

BACA Lagi: Kekalkan PM Anwar Sehingga Habis Penggal – Abang Johari

Pada Khamis lalu, Sangetha mengesahkan pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah LPK menerusi hantaran di laman Facebook.

Pelantikan beliau kemudian dikritik di media sosial selepas pengguna merujuk ciapannya pada Oktober 2020 mengenai tindakan kerajaan Perikatan Nasional ketika itu yang memberikan jawatan dalam GLC kepada penyokong gabungan politik itu.

Sementara itu, menyentuh majlis perasmian pembukaan sayap baharu Orchid Wing di OasisEye Specialists pada Ahad, Fahmi berkata beliau akan membantu menampung kos rawatan atau pembedahan mata untuk golonga b40 yang memerlukan di kawasan tersebut.

Belum Ada Perbincangan Mendalam Bahawa RUU Kekalkan Kerajaan Hingga Akhir Penggal - Fahmi

“Komitmen saya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, sekiranya ada mana-mana keluarga yang memerlukan rawatan atau pembedahan berkait dengan kesihatan mata, maklumkan kepada saya,” katanya.

Tonton video penuh sidang media perasmian pembukaan sayap baharu Orchid Wing di OasisEye Specialist oleh Menteri Komunikasi Fahi Fadzil, pada Ahad – Sumber: Facebook Suara Keadilan

Sumber: BERNAMA