Harapan Real Madrid untuk mengekalkan rekod bersih tanpa kalah akhirnya digagalkan, dengan usaha Atletico Madrid yang menang dengan skor 3 berbalas 1, dikendalikan dibawah Diego Simeone.
Perlawanan antara dua kelab tersebut, Atletico Madrid dan Real Madrid ditunggu-tunggu oleh peminat mereka kerana ia merupakan derbi Madrid yang terkenal dalam liga sepanyol tersebut.
Kehancuran rekod Real Madrid dimulakan dengan gol Alvaro Morata yang meledak gol seawal minit ke-4. Diikuti dengan pemain antarabangsa Perancis, Antoine Griezmann yang turut menambah derita Real Madrid pada minit yang ke-18.
Walaupun ketinggalan 2 gol, Real Madrid memegang posisi bola yang banyak dan sekaligus membantu mereka merapatkan jurang dengan jaringan Toni Kroos di luar kotak penalti.
Sebelum tamatnya separuh masa pertama, gol Real Madrid tidak diambil kira kerana pemainnya diluar posisi.
Atletico Madrid terus menyukarkan keadaan selepas separuh masa kedua dengan gol tandukan Alvaro Morata yang merupakan gol keduanya dalam perlawanan ini.
Wisel ditiup, dan kemenangan berpihak kepada Atletico Madrid yang naik ke tempat kelima liga, manakala Real Madrid turun ketangga ketiga menyebabkan pesaing mereka yang terhebat kembali ditakhta teratas liga, iaitu Barcelona.
