NEW YORK – “Jenayah perang”, itulah kenyataan yang dibuat oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa serangan udara Israel terhadap kem pelarian di Jabalia, Gaza, dapat dianggap sebagai tindakan kejam yang melanggar undang-undang perang.
“Ini berikutan jumlah besar kematian orang awam dan tahap kemusnahan selepas serangan udara Israel ke kem pelarian terbesar di Gaza, Jabalia.
“Kami secara serius berpandangan bahawa ini adalah serangan yang tidak sewajarnya dan boleh dianggap sebagai jenayah perang,” menurut pejabat itu dalam hantaran di media sosial pada hari rabu yang lalu.
Kenyataan PBB ini datang setelah Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan serangan udara mereka ke atas kem tersebut pada Selasa lalu.
IDF tegas menyatakan bahawa serangan tersebut ditujukan kepada pasukan pejuang Hamas yang dikatakan memiliki rangkaian terowong yang meluas di bawah kawasan tersebut.
IDF juga menuntut bahawa pesawat mereka hanya menyerang kompleks pengawal dan kawalan Hamas di Jabalya, dan mereka mengesahkan bahawa pejuang Hamas telah dimusnahkan dalam serangan mereka ke atas kawasan Jabalya.
Pejabat media Hamas melaporkan bahawa terdapat 195 penduduk Palestin yang telah meninggal dunia akibat serangan pada hari selasa dan rabu di kem Jabalia di Gaza, sementara 120 orang masih hilang di bawah runtuhan, dan sekurang-kurangnya 777 orang cedera.
Saban hari, angka kematian semakin mencanak naik susulan tentera negara Haram Israel tidak berhenti memberi tekanan kepada penduduk wilayah Gaza.
Pasukan pegawai perubatan Palestin yang gali kawasan runtuhan bagi mencari penduduk terselamat memaklumkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh manakala 150 lain cedera dalam serangan itu.
Pada masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha untuk tidak mengkritik tindakan Israel menyerang kem pelarian di Gaza.
Pihak Rumah Putih berterusan dengan pendekatan ini dan enggan mengkritik tindakan tentera Israel di Gaza, termasuk serangan ke atas kem pelarian yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa penduduk Palestin pada Selasa lalu.
White House telah menyatakan bahawa AS tidak akan memberikan sebarang respons terhadap perkembangan terkini dalam konflik antara Israel dan Hamas.
John Kirby, jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan AS, sebaliknya menekankan bahawa AS lebih kerap berhubung dengan Israel dan memberi penekanan kepada perlindungan nyawa orang awam.
“Kami akan berhati-hati dalam mengambil tindakan terhadap setiap apa yang berlaku di lapangan,” kata Kirby kepada CNN kerana mereka masih mengumpul bukti dan maklumat berkenaan serangan tersebut.
Kirby juga tidak dapat menganggarkan berapa ramai rakyat Amerika yang terkorban sewaktu serangan tersebut dan menolak untuk memberi ulasan lebih reaksi peribadi Presiden Ameria Syarikat, Joe Biden atas serangan hari selasa dan rabu yang lalu.
Joe Biden dilihat selalu berdolak dalih dalam pendapat beliau dengan serangan negara haram Israel kepada wilayah Gaza kerana keakraban negara beliau dengan negara haram Israel dan menjadi bantuan kewangan kepada negara dibawah arahan Benjamin Netanyahu tersebut.
“Tiada perbualan yang kita (AS) ada dengan rakan sejawatan di Israel yang tidak mencerminkan kebimbangan berterusan kita terhadap kematian orang awam dan menggesa mereka untuk berhati-hati untuk mengelakkan risiko itu.
“Anda akan terus mendengar daripada Presiden AS mengenai kebimbangan besar kita terhadap keselamatan orang awam,”ujar Kirby dalam satu kenyataan media.
SUMBER : BERITA HARIAN


