Parental

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada hari ini di dalam Dewan Rakyat mengatakan bahawa Parental Control Tools itu bukan sahaja boleh bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian, malah dapat menyekat kandungan yang tidak sepatutnya daripada anak-anak mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mendapatkan kerjasama dan persetujuan dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools tersebut.

Lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi ialah CelcomDigi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME.

“Kebanyakan penyedia platform media sosial juga mempunyai had umur pengguna akaun dengan hanya mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan membuka akaun media sosial.”

“Bagi memastikan syarat ini dipatuhi, ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka. Ini kerana kanak-kanak masih boleh mendapat manfaat kandungan positif dengan melayari media sosial bersama-sama ibu bapa atau penjaga,” – ujar Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sedemikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan mengenai langkah-langkah yang diambil kementerian bagi memastikan anak-anak bawah 15 tahun diharamkan memiliki akaun sosial media, agar mereka tidak mengikuti trend yang tidak baik di platform berkenaan.

Fahmi menambah lagi kenyataan beliau dengan berkata program berbentuk pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan internet terus dtingkatkan telahpun dilaksanakan .

Program tersebut adalah untuk untuk menangani risiko dan ancaman yang datang dari dalam talian terhadap kanak-kanak sama ada disebabkan orang lain atau tingkah laku mereka sendiri.

Beliau turut berkata usaha tersebut dilakukan menerusi pelbagai inisiatif seperti Klik Dengan Bijak (KDB) dan Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) di sekolah-sekolah dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional.

  • Parental
  • Parental

“Pelaksanaan inisiatif ini diperkasakan melalui jalinan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam membangunkan modul pendidikan berkenaan perlindungan kanak-kanak dalam talian untuk ibu bapa, penjaga, dan kanak-kanak,” – kata Fahmi.

Beliau menjawab soalan tambahan Kamal berkenaan keperluan yang mencukupi agar aspek kewarganegaraan digital diterapkan dalam silibus kurikulum, Fahmi berkata usaha tersebut memerlukan kerjasama rentas kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Digital dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Cadangan yang baik ini akan kita susuli, pada waktu ini ia akan bermula dengan perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan mengenai aspek keselamatan dalam talian, tetapi boleh dikembangkan dalam aspek yang disebutkan tadi (kewarganegaraan digital).” – tambah Fahmi lagi.

Kewarganegaraan digital yang dimaksudkan, merangkumi konsep yang dapat digunakan untuk memberikan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dunia maya dengan baik dan benar dengan memperketengahkan perilaku yang baik, penerapan nilai murni dan tanggungjawab dalam penggunaan teknologi digital.

Untuk mengetahui lebih banyak info berkenaan perkembangan teknologi di Malaysia, klik – DI SINI.

SUMBER : BERNAMA