Hak

BERLIN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa isu berkaitan hak kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh Kerajaan.

Beliau berkata Kabinet telah bersetuju untuk membawa usul mengenai pindaan terhadap Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hak-hak kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia ke Parlimen bulan ini.

“Sila ikuti perkembangan di tanah air… soalan anda telah diambil alih oleh peristiwa semasa. Kabinet telah bersetuju untuk membawa perkara itu ke Parlimen bulan ini,” – ujar Anwar sewaktu menjawab soalan pada Majlis Ramah Mesra & Makan Malam bersama Diaspora Malaysia di Jerman.

  • Hak
  • Hak
  • Hak
  • Hak

Anwar turut menyambung kenyataan beliau dengan mengatakan pindaan terhadap Perlembagaan berhubung dengan perkara itu akan menoktahkan isu tersebut yang sudah lama ada.

“Ketika ini, ibu bapa membawa maksud bapa. Kami akan memindanya supaya ibu bapa bermaksud ibu atau bapa,” – kata Anwar yang kini berada di Jerman dalam rangka lawatan rasmi selama enam hari.

Selain itu, berkenaan dengan kebimbangan dan kerisauan yang dibangkitkan oleh wakil Global Bersih bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia di luar negara berdepan kesukaran mengundi pada pilihan raya umum lepas.

Anwar membalas kembimbangan yang berbangkit itu dengan menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti perkara itu.

“Kita kena mudahkan, antaranya pengundian langsung. Misalnya lebihkan pusat-pusat pengundian, kita ada pejabat MIDA, Matrade,” – tambah Anwar lagi.

Beliau juga berkata SPR perlu mengambil inisiatif untuk mengkaji langkah mewujudkan pendaftaran secara automatik untuk pengundi Malaysia di luar negara sama seperti yang diamalkan di tanah air.

Tambahan lagi, Anwar berkata pelajar yang merupakan lulusan dari Jerman mendapat permintaan yang agak tinggi dalam kalangan majikan di tanah air kerana syarikat negara itu beroperasi di Malaysia biasanya akan mencari mereka.

Untuk info tambahan, jika ingin membaca tentang ketibaan Anwar di Jerman klik – DI SINI

SUMBER – BERNAMA

Untuk melihat video siaran langsung penuh Majlis Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia di Jerman, klik – DI SINI