NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau dikenali sebagai United Nations Security Council (UNSC) pada hari isnin, semalam menuntut gencatan senjata segera antara negara haram Israel dan Hamas selain pembebasan serta-merta tanpa syarat semua tebusan.
Resolusi gencatan senjata itu dicadangkan oleh 10 anggota badan PBB dan berjaya dipersetujui oleh 14 anggota dan mengundi resolusi tersebut dan 1 negara yakni Amerika Syarikat yang berkecuali daripada pengundian, hari ini.
Resolusi tersebut adalah seperti yang disebut, ‘gencatan senjata segera pada Bulan Ramadan dan ia menuntut pembebasan segera tanpa syarat semua tebusan.‘
Wakil-wakil negara yang lain seperti Mozambique turut mengharapkan gencatan segera ini dapat diteruskan supaya menjadi gencatan senjata yang kekal.
Resolusi Majlis Keselamatan itu juga menekankan kepentingan keperluan yang mendesak untuk meluaskan aliran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza dan mengukuhkan perlindungan orang awam dan juga menghapuskan segala halangan kepada penyediaan bantuan kemanusiaan.
Amerika Syarikat pada sebelum ini telah memveto tiga draf resolusi Majlis Keselamatan mengenai kes genosid di Gaza.
Russia dan China juga telah memveto dua resolusi draf Amerika Syarikat pada Oktober dan jumaat yang lepas kerana syarat yang diberikan oleh Amerika Syarikat tidak sesuai dan kelihatan ada muslihat disebalik draf resolusi gencatan senjata mereka.
Reaksi Menteri Palestin dan Fatah Terhadap Resolusi Gencatan Senjata Yang Diterima
Menteri Palestin : Menteri Hal Ehwal Luar Negara Palestin, Dr Riad Al-Maliki berkata resolusi yang diterima itu adalah satu jalan yang tepat untuk menghentikan peperangan yang sudah melebihi 5 bulan, memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan memberi ruang untuk rakyat Palestin pulang ke rumah masing-masing.
Menteri itu juga menyeru negara anggota UNSC untuk menunaikan tanggungjawab undang-undang mereka untuk melaksanakan resolusi itu dengan segera. Kementerian itu menekankan kepentingan mencapai gencatan senjata kekal yang melangkaui Ramadan – bersama-sama dengan memastikan kemasukan bantuan, berusaha membebaskan banduan, dan mencegah pemindahan paksa.
Fatah : Ahli Jawatankuasa Fatah, Sabri Saidam turut berkata ianya satu langkah yang betul terhadap pengakhiran kesengsaraan di tanah Palestin.
“Kesepakatan yang kita saksikan hari ini seharusnya membuka jalan kepada pengiktirafan penuh terhadap hak-hak rakyat Palestin yang tertangguh dan kemerdekaan Negara Palestin” ujarnya kepada Al-Jazeera.
Temuduga Media Al-Jazeera bersama Ahli Politik Hamas
Basem Naim, yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan Palestin, kini ahli politik Hamas berkata pihak Hamas komited untuk mengikut setiap kondisi resolusi tersebut dan berkata negara haram Israel mesti bertanggungjawab dalam mematuhi resolusi tersebut.
“Adalah menjadi peranan komuniti antarabangsa (Ahli Majlis Keselamatan) untuk mewajibkan Israel bertanggungjawab dan menamatkan sifat pilih kasih mereka”– ujar Basem Naim kepada Al Jazeera.
“Persoalannya ialah, adakah komuniti antarabangsa mampu dan kuat untuk memastikan Israel bertanggungjawab dan mengikut resolusi tersebut?” – tambahnya lagi.
Beliau juga berkata Hamas secara amnya menekankan kepentingan untuk mencapai gencatan senjata yang kekal yang membolehkan pihak ketenteraan negara haram Israel untuk keluar dari kawasan Gaza dan menyatakan pihak Hamas sudah bersedia untuk proses pertukaran tebusan yang akan membawa kepada pembebasan tebusan dari dua-dua belah pihak.
INTERVIEW AL JAZEERA DENGAN Basem Naim, Ahli Politik Hamas DI SINI – ALJAZEERA
Dari sungai hingga ke segara, Palestin pasti merdeka.
SUMBER : ALJAZEERA, ASTRO AWANI
Isi Kandungan
https://negaranews.net/ a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a

