malaysia

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 23 tahun Malaysia pulang ke tanah air tanpa sebarang kemenangan atau pun mata setelah tewas 2-1 kepada Kuwait pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al Janoub, Al Wakrah di bumi Qatar awal pagi tadi.

Skuad kendalian Juan Torres Garrido itu mengakhiri kempen Piala Asia dengan tangga tercorot dalam kumpulan D dibelakang Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait dengan 0 mata.

  • Malaysia

Pada dua perlawanan sebelum, skuad Harimau Malaya “muda” ini juga kalah dengan skor 2-0 di tangan Uzbekistan dan juga Vietnam.

Prestasi kian merosot apabila bertemu Kuwait dan rentak mereka terjejas apabila penjaga gol Malaysia B-23, Sikh Izhan dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa pertama kerana mengasari pemain Kuwait, Salman Mohammed.

Penjaga gol gantian, Muhammad Firdaus Imran Mohd Fadhil dibawa masuk untuk menggantikan penyerang Luqman Hakim untuk mengisi kekosongan di gawang gol Malaysia.

Pada penghujung separuh masa pertama, skuad kebangsaan menghadiahkan penalti kepada pasukan Kuwait setelah Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan mengasari Talal Al Qaisi selepas disemak oleh Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dan penalti tersebut dijaringkan oleh Salman.

Harapan Malaysia semakin hancur apabila Kuwait menambah jaringan mereka dengan tandukan Emilio Peixie di gawang gol Malaysia.

Namun, Malaysia membuatkan Kuwait tidak senang duduk apabila Muhammad Haqimi berjaya menjaringkan gol pertama Malaysia dalam pertandingan ini dengan rembatan pada minit ke-63.

Dalam 10 minit terakhir perlawanan, Salman dilayangkan kad merah kerana terjahannya keatas Muhamad Umar Hakeem pada minit ke-83 dan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain masing-masing.

  • Malaysia
  • Malaysia
  • Malaysia
  • Malaysia

Kuwait berjaya memotong Malaysia dalam tangga kumpulan D dengan mempunyai 3 mata namun masih gagal untuk mara ke peringkat seterusnya.

Pada masa yang sama, Uzbekistan berjaya melangkah ke suku akhir dengan mengungguli Kumpulan D dengan kemenangan bersih dan 9 mata.

Vietnam pula berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati setelah menghabiskan kempen Piala Asia mereka di tangga ke-2 dengan 6 mata.

Pada sidang media selepas perlawanan, Jurulatih Skuad Malaysia B-23 Juan Torres Garrido meminta maaf kerana prestasi merisaukan oleh skuad mereka dan keputusan yang mengecawakan.

Jurulatih dari Sepanyol itu mengatakan kekalahan berturut-turut adalah amat sukar dan skuad Malaysia beraksi dengan 10 pemain tidak membantu sama sekali.

“Kami tidak boleh bersikap positif terhadap itu (keputusan) kerana jangkaan kami berbeza dan sukar untuk ditakrifkan kerana apabila bercakap mengenai prestasi, analisis saya adalah satu (dan) apabila ia datang kepada keputusan dan apa yang berlaku dalam perlawanan itu agak berbeza” – ujarnya.

SUMBER : BERNAMA

Untuk membaca lebih banyak berita mengenai bola sepak Malaysia, klik DISINI