Harimau

KUALA LUMPUR – Skuad Kebangsaan Harimau Malaya “dijinakkan” sekali lagi oleh Oman di tanah sendiri iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil dengan skor 2 berbalas kosong.

Sebelum ini, pada 22 Mac Malaysia berkunjung ke Stadium Sultan Qaboos Sports Complex di Muscat dan tewas dengan skor yang sama iaitu 2 berbalas kosong kepada tuan rumah, Oman.

Prestasi yang dianggap merudum ini adalah kerana pada Piala Asia yang lalu, skuad Malaysia dibawah pimpinan Kim Pan Gon menunjukkan kekuatan skuad Harimau Malaya menentang gergasi Asia Korea Selatan dan mendapat keputusan yang memberangsangkan.

Namun, kekalahan kepada Oman dua kali berturut-turut menggangu rentak skuad Malaysia dalam pertandingan antarabangsa.

Kekalahan semalam menyebabkan Malaysia jatuh anak tangga ke-3 dalam persaingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

SOROTAN PERLAWANAN

  • Harimau
  • Harimau
  • Harimau

Pada permulaan perlawanan, pasukan Harimau Malaya mendapat peluang terbaik awal melalui Arif Aiman Hanapi, tetapi cubaannya digagalkan oleh penjaga gol Oman, Ibrahim Al Mukhaini.

Malangnya, pemain pertahanan kanan negara, Azam Azmi Murad, mengalami kecederaan pada minit ke-26 dan terpaksa digantikan oleh pemain pertahanan Sabah FC, Daniel Ting.

Walaupun Oman juga mendapat beberapa peluang baik untuk mencipta gol, penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, menunjukkan prestasi cemerlang dengan menghalang segala usaha mereka.

Namun, Ahmad Syihan akhirnya tidak dapat mengelakkan gol penalti yang dilakukan oleh Omer Al Malki pada minit masa kecederaan, selepas dia menjatuhkan Muhsen Saleh Al Ghassani.

Pasukan kendalian Kim Pan Gon bertuah kerana tidak bolos sekali lagi apabila cubaan Salaah Al Yahyaei hanya menghentam tiang pada minit ke-52.

Harimau Malaya terus berusaha mencari gol penyamaan, tetapi gerakan mereka dipatahkan dengan mudah oleh pertahanan Oman.

Sebaliknya, Oman mengukuhkan kedudukan mereka dengan mencipta gol kedua melalui Mohammed Mubarak Al Ghafri pada masa kecederaan.

SUMBER : FA MALAYSIA (FACEBOOK)

SUMBER : BERITA HARIAN , NEGARANEWS, FAMALAYSIA

Isi Kandungan