KUALA LUMPUR, 26 Julai – Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dianjurkan semalam gagal mencapai sasaran awal penganjur apabila jumlah kehadiran peserta jauh lebih rendah berbanding jangkaan.

Penganalisis politik melihat perkembangan ini sebagai tanda bahawa rakyat semakin bijak menilai permainan politik konfrontasi yang tidak memberi nilai tambah kepada pembangunan negara.

“Rakyat kini mahukan kestabilan, bukannya retorik yang hanya mencetuskan perpecahan. Keadaan ini menunjukkan sokongan terhadap politik konfrontasi semakin luntur kerana masyarakat lebih mementingkan dasar yang memberi manfaat,” kata seorang penganalisis.

Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin mendapat kepercayaan rakyat, terutamanya selepas pelbagai inisiatif ekonomi, bantuan kos sara hidup dan usaha memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Himpunan ini gagal bukan kerana disekat, tetapi kerana rakyat tidak melihat keperluan untuk terlibat dalam agenda yang tidak jelas hala tuju. Fokus utama kini adalah kestabilan politik untuk memacu ekonomi,” tambahnya.