bf26dc04-anwar-ibrahim-al-jazeera-pmopic-080623

Bagi memantapkan penyelarasan pentadbiran institusi keagamaan di negara ini, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu diperkasakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen Kerajaan Madani dalam memperhebatkan Islam sangat jelas menerusi penambahan peruntukan kepada JAKIM bagi memastikan agensi itu berfungsi dengan baik.

“Tetapi dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan Madani dalam melakukan reform (perubahan) institusi-institusi kerajaan dan negara, dilihat JAKIM kurang berperanan.

Jakim menerima peruntukan lebih tinggi bawah kerajaan perpaduan dan buat pertama kalinya diberi peranan lebih besar dalam membantu proses penggubalan dasar kerajaan berdasarkan konsep “Malaysia Madani”.

Jabatan itu sebelum ini dikritik disebabkan peruntukan belanjawan tahunannya yang besar, mencecah lebih RM1.5 bilion

“Saya telah mengarahkan peranan Mufti, ulama dan tokoh di Jakim supaya input mereka selari dengan perkembangan semasa sekali gus dapat memberi manfaat dan mengangkat martabat, harakat serta darjat negara kita,” katanya.

Menurut beliau, sebelum ini, dalam kerajaan terdahulu, fungsi Jakim ialah melaksanakan program dakwah, latihan bersama kerajaan negeri termasuk menganjurkan tilawah.

Dalam pada itu, beliau mengajak umat Islam untuk memanfaatkan mukjizat Al-Quran. Dimana membicarakan soal kemampanan dan sistem nilai yang dianjurkan tanpa mempertahankan sesuatu yang bercanggah.

Beliau berkata, wujud sanggahan oleh individu tertentu terhadap insiatif kerajaan termasuk Belanjawan Madani dengan membuat rujukan kepada ayat al-Quran secara tidak tepat.

Menurutnya, tindakan meperkudakan al-Quran untuk mengeluarkan hujah merosakkan kemurnian kitab suci itu yang telah dipertahankan para ulama selama lebih 1,000 tahun.

“Sebab itu saya membicarakan soal wacana yang ada dalam al-Quran itu dalam menjawab tohmahan dengan hujah yang kuat.

“Ini dilakukan dengan mencabar orang yang membawa idea-idea menyanggah kitab suci itu untuk memastikan kita melakar ataupun menzahirkan sesuatu yang baik.

“Maka, dalam negara kita, dalam hal-hal yang sedemikian sepatutnya kita pertahankan akhlak dan nilai termasuk dalam keadaan kita berbeza pandangan,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Negeri Pulau Pinang di Pusat Konvesnyen PICCA @ Arena Butterworth, di sini malam ini.

– UTUSAN ❘ FMT