PUTRAJAYA, 18 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim kanan dilakukan secara telus dan berlandaskan proses perlembagaan yang sah.

Menurut Anwar, pelantikan tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sekali gus menolak segala tohmahan dan spekulasi liar yang berlegar sebelum ini.

“Sidang Majlis Raja-Raja kali ini dengan sendirinya membuktikan proses berjalan baik. Kita tunduk kepada prinsip Perlembagaan 122B,” katanya kepada media.

Beliau menyifatkan segala dakwaan yang mempertikaikan ketelusan proses pelantikan sebagai tidak berasas dan bertentangan dengan realiti sistem kehakiman negara yang sentiasa menjunjung Keluhuran Perlembagaan.

Pelantikan jawatan tertinggi dalam badan kehakiman ini hadir pada saat penting dalam landskap perundangan negara, dan penegasan Anwar dilihat sebagai usaha meredakan keresahan awam terhadap integriti institusi kehakiman