PUTRAJAYA, 30 Jun – Pembangunan mega Kota Madani bernilai RM4 bilion bukan sekadar satu projek fizikal, tetapi lambang komitmen kerajaan dalam menyediakan kehidupan lebih sejahtera kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Sumber terdekat kerajaan mendedahkan kepada portal ini bahawa projek itu sedang disalahertikan oleh sesetengah pihak, khususnya pembangkang, yang cuba mempolitikkan inisiatif berimpak tinggi ini.

“Kota Madani bukan soal kepentingan politik. Ia soal masa depan penjawat awam yang selama ini menabur bakti kepada negara. Kita bercakap tentang perumahan mampu milik, kemudahan awam moden dan persekitaran hidup yang lebih baik,” kata sumber itu.

Difahamkan, projek ini melibatkan pelaksanaan secara berfasa dan dirancang teliti agar tidak membebankan kewangan negara. Malah, ia dilihat sebagai pemangkin ekonomi baharu yang bakal membuka peluang pekerjaan serta menyemarakkan sektor pembinaan dan perkhidmatan.

Lebih menarik, projek ini turut mengutamakan elemen kelestarian dan pembangunan mampan sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Sudah tiba masanya rakyat menilai dengan mata hati. Projek seperti ini bukan retorik politik, tapi pelaburan masa depan,” tambah sumber berkenaan lagi.

Difahamkan pengumuman rasmi dan pecah tanah dijangka dibuat dalam suku ketiga tahun ini