DOHA, QATAR – Pada pukul 1.30 pagi tadi mengikut waktu Malaysia, skuad kebangsaan Harimau Malaya “dibelasah” oleh pasukan negara Jordan dengan skor 4 berbalas 0 menjadikan ia permulaan yang perlahan dari skuad negara kita di Stadium Al Janoub.
Pada separuh masa yang pertama, pasukan bimbingan Kim Pan Gon itu bermain dalam posisi yang berbeza dari biasa iaitu 3-4-3 dan penukaran taktikal itu membingungkan ramai peminat.
Selepas itu, pasukan Malaysia diasak oleh Jordan dan pintu gawang gol akhirnya bolos dengan jaringan Mahmoud Almardi pada minit ke-12 dan ke-32.
Pada minit ke-18 juga berlakunya insiden pertahanan Johor Darul Ta’zim, Mathhew Davues yang melanggar pemain Jordan dan menghadiahkan penalti yang berjaya disumbat masuk oleh Mousa Al-Tamari.
Separuh masa pertama tamat dan pada separuh masa kedua Malaysia tampak sudah jumoa corak permainan namun tidak dapat melepasi benteng pertahanan Jordan yang kuat mengakibatkan Malaysia selagi lagi bolos dengan jaringan gol kedua Mousa Al-Tamari yang merupakan penyerang kelab Montpellier di Liga Perancis.
Prestasi dari Malaysia untuk perlawanan ini agak mengejutkan kerana rekod Malaysia dalam perlawanan antarabangsa sebelum ini agak baik, dengan merekodkan 3 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan dalam 5 perlawanan yang terakhir sebelum bermain di Piala Asia 2023. – LIHAT DISINI
Respons Pemain Harimau Malaya
Tambahan pula, sebahagian dari pemain Harimau Malaya enggan bercakap dengan media untuk mengulas kekalahan mereka dan kelihatan pemain-pemain tersebut mengelak dari memandang pihak media yang menunggu mereka di zon temu ramah.
Namun, penyerang Selangor Faisal Halim sempat untuk berhenti seketika dan memberikan sepatah dua kata kepada media.
“Kalah 4-0 bukan keputusan yang kita inginkan. Kami semua pun tak jangka ia berlaku kerana selama tiga minggu, kita berlatih dan membuat persediaan. Sebenarnya, peluang mendapatkan keputusan positif tu ada tetapi kita dibolosi dua gol awal, satu penalti dan percubaan dari luar kotak penalti.”
“Ini bukan masa untuk menyalahkan sesiapa, kita kena perbaiki kekurangan pasukan. Kim (Kim Pan Gon) sudah buat habis baik untuk pasukan tetapi kita kena realistik dengan kualiti yang kita ada dan tahap permainan yang kita pernah main.” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Faisal Halim juga tidak menafikan faktor gugup mungkin menggangu konsetrasi pemain kerana mereka beraksi di pentas tertinggi bola sepak Asia setelah bertahun lamanya dan sekaligus mempengaruh prestasi di atas padang bagi setiap pemain Malaysia.
Tambahan lagi, pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin juga meluahkan perasaan hampa dan kekalahan tersebut sukar untuk diterima.
“Sangat mengecewakan dan menyukarkan kami apabila dibolosi dua gol lebih awal, ia perjuangan yang besar. Saya rasa kita perlu melihat kembali perlawanan, bagaimana dan apa kesilapan yang dilakukan, kemudian cuba perbetulkan dan buat perancangan untuk perlawana seterusnya” tambahnya lagi.
Pasukan Harimau Malaya perlu bangkit dan menyedari misi mereka untuk mengumpul sebanyak mungkin mata untuk layak ke peringkat pusingan ke-16 terbaik dengan memfokuskan pemandangan mereka kepada dua perlawanan yang berbaki dalam perlawanan kumpulan E.
Malaysia akan menentang Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad pada 20 Januari dan akan menentang gergasi Asia, Korea Selatan pada 25 Januari ditempat yang sama pada hari ini iaitu di Stadium Al Janoub.