Jakarta 29, Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama keselamatan trilateral di Laut Sulu dan Laut Sulawesi akan terus diperhebat bagi menjamin keselamatan serantau, khususnya daripada ancaman jenayah rentas sempadan.

Menurut beliau, usaha ini melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina di bawah kerangka Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang telah dibentuk sejak 2017.

“Keselamatan maritim adalah keutamaan. Kita akan terus memperkukuh rondaan bersama dan perkongsian maklumat agar perairan kita selamat daripada lanun dan kumpulan bersenjata,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat keselamatan serantau di Putrajaya.

Kerjasama ini dijangka memberi kesan positif terhadap aktiviti ekonomi, pelancongan, dan perdagangan di kawasan Pantai Timur Sabah, Kalimantan, dan Mindanao