Putrajaya, 28 Julai – Kejayaan Malaysia mengatur gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja bukan sahaja menyelamatkan nyawa, malah mengelakkan rantau ini daripada krisis peperangan yang lebih besar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menampilkan ketenangan dan kebijaksanaan diplomatik ketika menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik sepanjang 817km sempadan kedua-dua negara jiran itu.
“Malaysia akan terus memainkan peranan penting memastikan keselamatan serantau terpelihara,” tegas Anwar sambil mempertimbangkan untuk menghantar pasukan peninjau bagi memantau kawasan konflik.
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keupayaan Malaysia sebagai negara berkecuali yang dipercayai, malah memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai blok serantau yang mampu menyelesaikan krisis sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada kuasa besar dunia.
Penganalisis menyifatkan momen ini akan tercatat sebagai detik bersejarah, menjadikan kepimpinan Anwar model diplomasi ASEAN pada masa hadapan.
