KUALA LUMPUR, 29 Julai – Projek Jalur Lebar Negara (JENDELA) Fasa Dua akan mula dilaksanakan pada September ini bagi memperluaskan liputan internet berkelajuan tinggi di seluruh negara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menurut beliau, fasa baharu ini memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak, bagi memastikan rakyat mendapat akses komunikasi digital yang lebih baik dan seimbang.
“Pelaksanaan JENDELA Fasa Dua akan memperkukuh infrastruktur digital negara, selari dengan agenda Malaysia Madani yang menekankan keterangkuman digital,” katanya pada sidang media hari ini.
Fasa pertama JENDELA telah mencatatkan kadar capaian liputan 4G sebanyak 96.92 peratus setakat Jun 2025, manakala fasa kedua dijangka mampu meningkatkan lagi kualiti jaringan dan mempercepatkan kesediaan 5G di seluruh negara.
