KUALA LUMPUR – Skuad kebangsaan negara Harimau Malaya masih buntu dan “kemarau” piala apabila dilihat tewas ditangan Tajikistan sebanyak 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam
Malaysia yang menguasai separuh masa pertama terus tumbang pertahanannya apabila gol yang dijaringkan oleh Soirov Rustam pada minit ke-44 yang menewaskan penjaga gol Syihan Hazmi, yang beraksi dengan agak baik di kelabnya Johor Darul Takzim namun prestasinya dimedan antarabangsa kekurangan sesuatu yang menonjol.
Selepas bermulanya separuh masa kedua, Malaysia terus menekan Tajikistan dengan serangan dari Faisal Halim yang terkena tiang gol dan harapan Malaysia punah apabila Samiev Shahrom menjaringkan gol kedua buat Tajikistan pada minit ke-88.
Walaupun Malaysia bermain ditanah airnya sendiri, namun pasukan yang diuruskan oleh Kim Pan Gon terpaksa akur untuk mendapat tempat kedua, diikuti dengan India yang mendapat tempat ketiga.
Mengikut kekalahan tersebut, kita tidak boleh lupa prestasi skuad Malaysia menunjukkan penambahbaikan dengan melonjak naik kedudukan FIFA dari 153 sehingga sekarang dalam kedudukan 134 dunia.
Malaysia juga beraksi dengan agak cemerlang dalam perlawanan sebelum ini menentang India dan berjaya menewaskan mereka dengan hasil skor 4-2, dengan adanya desas desus mengatakan India ada menjaringkan gol ketiga namun pembantu pengadil dikhabarkan tidak melihat situasi dengan betul.
Comments are closed.