KUALA LUMPUR : 4 gol berbalas 1, Johor Darul Takzim dapat menghentikan prestasi bagus Perak FC dalam Piala Malaysia semalam di Stadium Perak dalam perlawanan separuh akhir pertama.
Skuad bimbingan Esteban Solari tersebut dalam keadaan selesa untuk menuju ke perlawanan separuh akhir kedua yang akan berlangsung pada 2 November ini di Stadium Sultan Ibrahim.
JDT menunjukkan prestasi cemerlang dengan mencipta gol dalam tempoh hanya enam minit, apabila hantaran silang Heberty Fernandes dan diteruskan dengan baik oleh Oscar Arribas dengan menjaringkan gol dengan tandukan berbisa nya.
Perak FC berusaha untuk membalas pada minit kesembilan, tetapi tandukan oleh Seo Seonung digagalkan oleh Ahmad Syihan Hazmi.
Tiga minit kemudian, Arif Aiman Hanapi mencipta gol kedua dengan sepakan hebat dari sudut yang mencabar.
Penjaga gol Perak, Farhan Abdul Majid kelihatan agak kekok prestasinya, mungkin kerana kekurangan minit permainan didalam perlawanan Liga Malaysia berbanding penjaga gol Perak utama Shaheeswaran yang lebih banyak minit permainannya.
Penjaga gol utama kebangsaan dan JDT, Syihan Hazmi sekali lagi menonjol dengan penyelamatan cemerlangnya, menyelamatkan percubaan terbaik Perak FC pada minit ke-28 dan menjadikan gol ‘bersih’ untuk pasukan JDT.
Walaupun gol Fernando Forestieri dibatalkan kerana kesalahan offside pada minit ke-64, pasukan JDT berjaya mencetak gol ketiga menerusi Shahrul Saad, bekas pemain mereka sendiri, yang menyambut hantaran Takahiro Kunimoto pada minit ke-71.
Gawang JDT akhirnya ditembus dengan gol cantik dari kapten skuad Perak Luciano Guaycochea pada minit ke-75 menguatkan semangat mereka untuk kembali berjuang.
Namun, harapan Perak punah apabila pasukan JDT mampu mengukuhkan keunggulan mereka dengan menjaringkan gol keempat menerusi pemain simpanan Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-80 yang dihantar kemas oleh penyerang dari Brazil, Bergson Da Silva.
Skuad bimbingan Yusri Che Lah kelihatan bermain dengan agak baik meskipun 4 gol dibolosi oleh pasukan JDT, dan skor ini akan mereka bawa ke perlawanan separuh akhir kedua yang mungkin akan menjadi lebih sukar.
