PDRM

WANGSA MAJU – Tindakan pantas tiga anggota polis PDRM memecahkan pintu sebuah unit kondominium dekat Wangsa Maju di sini, nekad dan berjaya menyelamatkan dua beranak dari lemas terhidu asap kebakaran, petang kelmarin.

Dalam kejadian yang mengejutkan pada jam 4.30 petang itu, seorang lelaki berusia 31 tahun dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun terperangkap dalam rumah mereka selepas kotak fius elektrik di dalam rumah mereka meletup secara tiba-tiba sebelum terbakar.

SUMBER : pdrmsia_official (Instagram)

Superintendan Ashari Abu Samah yakni Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, menyatakan bahawa Balai Polis Wangsa Maju telah menerima panggilan daripada isteri mangsa yang memberitahu mengenai suaminya dan anaknya yang terperangkap dalam kebakaran di Kondominium Sinaran yang terletak kira-kira 20 meter dari balai polis tersebut.

Sebaik menerima maklumat, tiga anggota polis itu bergegas ke kondominium berkenaan dan dimaklumkan oleh pihak pengurusan tentang kejadian yang berlaku sebelum mereka naik ke tingkat 19 (kediaman mangsa) selepas mendapati pihak bomba masih dalam perjalanan.

Anggota polis terpaksa menaiki tangga ke tingkat 19 kerana sistem bekalan elektrik terputus dan bertindak memecahkan pintu kediaman bagi menyelamatkan dua beranak terbabit,” ujarnya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Ashari turut berkata beliau kagum dengan usaha anggotanya yang mengambil tindakan nekad dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan dua beranak yang menjadi penghuni dalam rumah yang terperangkap itu.

Pada masa yang sama, Lans Koperal Mohamad Hazril Eril Hanif Ahmad yang merupakan salah seorang dari anggota PDRM yang terlibat dalam proses penyelamatan itu berkata sebaik sahaja dimaklumkan tentang situasi dua mangsa yang terperangkap, dirinya hanya memikirkan tentang bagaimana hendak membawa mereka keluar dari kediaman yang berkunci.

“Selepas tahu tentang situasi itu bercampur bimbang dengan keadaan kanak-kanak perempuan itu, tanpa berfikir panjang saya dan rakan anggota nekad naik ke tingkat 19 yang sudah diselubungi asap tebal selain terdapat beberapa letupan akibat litar pintas.

“Dalam keadaan yang gelap, kami mencari alat pemadam api dan memecahkan kunci mangga pada grill (jeriji besi) dan pintu rumah yang tebal.

“Pada masa sama kami terpaksa bergilir-gilir mencari ruang udara yang terbuka selepas kami juga hampir lemas terhidu asap,” katanya.

Selepas hampir 20 minit penat lelah, pintu rumah akhirnya berjaya ditembuskan sebelum mereka membawa dua beranak yang terperangkap itu keluar dari balkoni kediaman mereka, menyelamatkan diri melalui tangga kecemasan.

  • PDRM
  • PDRM
  • PDRM

Mohamad Khairul, dalam keterangannya, menyatakan bahawa semasa turun, mereka sempat memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang baru tiba bahawa mangsa telah selamat diselamatkan.

Dalam perkembangan yang sama, Anis Farhana Abd Aziz, isteri mangsa, meluahkan rasa terima kasih kepada tiga anggota polis yang telah bersungguh-sungguh berusaha menyelamatkan nyawa suami dan anaknya tanpa mempedulikan keselamatan diri mereka sendiri.

“Semasa bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi suami tentang kebakaran rumah. Dalam dalam keadaan spontan saya terus hubungi bantuan Balai Polis Wangsa Maju untuk yang terletak bersebelahan kediaman untuk menyelamatkan mereka.

“Syukur tindakan pantas anggota polis dapat menyelamatkan mereka dari lemas terhidu asap dan mengelak perkara lebih buruk yang tak dapat saya bayangkan. Terima kasih polis,” ujar isteri mangsa.

SUMBER : BERITA HARIAN