WASHINGTON – Semasa lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, penunjuk perasaan yang menuntut Amerika Syarikat (AS) menghentikan bantuan ketenteraan kepada Israel mengadakan protes besar-besaran, menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Mereka menaikkan bendera Palestin dan membakar bendera AS di luar Union Station di Washington sebagai bantahan terhadap ucapan Netanyahu di Kongres AS genosid yang dilakukan oleh negara Haram Israel di tanah Palestin namun berselindung disebalik “peperangan” ataupun “konflik”.
Polis menggunakan semburan lada terhadap ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin yang berkumpul di luar bangunan Capitol AS semasa Netanyahu berucap di hadapan Kongres. Netanyahu, yang berusaha mendapatkan sokongan penggubal undang-undang AS untuk perang Israel di Gaza, membentangkan rancangan besar untuk ‘deradikalisasi’ Gaza pasca perang dan menonjolkan potensi pakatan masa depan antara Israel dan negara sekutu Arab-AS lain.
Sebelum ucapan beliau, Polis Capitol AS menyatakan bahawa penunjuk perasaan cuba melepasi sekatan dan enggan bersurai apabila diminta. “Orang ramai tidak mematuhi arahan kami untuk berundur menjauhi garisan polis. Kami menggunakan semburan lada kepada sesiapa yang cuba merempuh dan melintasi garisan itu,” menurut kenyataan polis.
Salah satu kumpulan yang menyertai protes menuduh polis menyerang penunjuk perasaan yang sedang berarak secara aman. Kumpulan pro-Palestin dan pelajar universiti di AS telah berbulan-bulan memprotes serangan Israel di Gaza, di mana pihak berkuasa kesihatan menyatakan hampir 40,000 rakyat Palestin terbunuh.
Netanyahu mengecam penunjuk perasaan dalam ucapannya di Kongres, menyatakan beliau ‘bersimpati’ kepada penunjuk perasaan yang diperalatkan oleh pihak tertentu. Beliau menyatakan tentera Tehran bertindak zalim dengan menghukum gantung individu gay dan membunuh wanita kerana mendedahkan rambut.
Namun, penunjuk perasaan didakwa memuji dan memberi dana kepada Iran. Beliau menggunakan istilah ‘bahalol yang berguna’ untuk menggambarkan penunjuk perasaan yang diperalatkan untuk agenda politik.
Penunjuk perasaan menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa protes mereka adalah tindak balas kepada krisis kemanusiaan di Gaza, di mana hampir keseluruhan 2.3 juta penduduk menjadi pelarian di negara sendiri. Sepanduk yang menuduh Netanyahu sebagai ‘Penjenayah Perang Dikehendaki’ kelihatan di lokasi protes berhampiran bangunan Capitol. Ini merujuk kepada waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Netanyahu, yang menafikan dakwaan jenayah perang.
Di sekitar lokasi, penunjuk perasaan meletakkan hampir 30 keranda kadbod bersaiz manusia yang dibalut dengan bendera Palestin. Lalu lintas di beberapa jalan berhampiran bangunan Capitol ditutup. Beberapa Ahli Parlimen Demokrat tidak menghadiri sesi ucapan Netanyahu sebagai tanda kekecewaan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.
Pendakwaraya ICC menyatakan terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu, Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant, serta pemimpin Hamas Yahya Sinwar, Mohammed Al-Masri, dan Ismail Haniyeh bertanggungjawab atas dakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.
SUMBER : BERITA HARIAN, REUTERS, AFP
