Pada perlawanan peringkat kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah semalam, kelab gergasi dari Perancis Paris Saint German (PSG) dikejutkan oleh Newcastle United dengan skor 4 berbalas 1 di Stadium St. James Park.
Walaupun PSG memegang posisi bola yang jauh lebih banyak berbanding Newcastle dengan kiraan 74%, namun Newcastle tidak mengambil mudah cabaran itu dan menguasai 90 minit perlawanan secara menyeluruh dengan mencetak 4 gol.
4 gol yang didaftarkan hasil jaringan pemain antarabangsa Paraguay, Miguel Almiron seawal minit ke-17, diikuti Dan Burn dan Sean Longstaff pada minit ke-39 dan 50 untuk masing-masing dan diakhiri dengan gol penamat keempat oleh Fabian Schar pada masa tambahan hujung perlawanan.
PSG dapat membawa pulang hanya satu gol sebagai seorang pelawat dengan jaringan pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Lucas Hernandez dengan satu tandukan yang dapat menipu penjaga gol Newcastle United, Nick Pope.
Ramai menjangkan PSG akan menang dengan mudah kerana adanya pemain bola yang ternama seperti Kylian Mbappe, Ousmane Dembele dan Achraf Hakimi dalam skuad mereka.
Namun, pasukan dibawah kendalian Luis Enrique tersebut dianggap tidak bersedia kerana dikalahkan oleh Newcastle United yang kali terakhir bermain di Liga Juara-Juara adalah pada musim 2002/2003.
Setakat ini, Newcastle United berada dikedudukan paling atas di dalam kumpulan F, dibantu dengan 3 mata hasil dari perlawanan ini dan 1 mata sewaktu seri berlawan dengan AC Milan pada 20 September yang lepas.