Suspek Kes Tembak Di KLIA 1 Direman Tujuh Hari

KOTA BHARU – Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, telah ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan tahanan reman terhadap suspek iaitu Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Suspek Kes Tembak Di KLIA 1 Direman Tujuh Hari

Perintah tahanan reman sehingga 22 April itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu suspek yang memakai baju lokap tiba di mahkamah pada 8.25 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah mengesahkan suspek yang terlibat dengan kejadian itu ditahan pada kira-kira pukul 3 petang semalam, di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad lalu (14 April), suspek telah melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi si isteri ketika berada di Balai Ketibaan KLIA 1. – BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI

Di media sosial juga telah tular berkaitan suasana di KLIA 1 yang dikejutkan dengan bunyi tembakan mengakibatkan orang ramai cuba berlindung untuk menyelamatkan diri.

@zakwanyaakub

Mohon hati hati . Ada kejadian tembak menembak di klia sekarang 1.30am… sapa yang ada kat sana atau otw ke sana mohon hati hati #klia #tembak #tembakmenembak #klia1

♬ original sound – Zakwanyaakub – Zakwanyaakub

Mangsa tembakan, Muhammad Nur Hadith Zaini, 37, telah dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Suspek Kes Tembak Di KLIA 1 Direman Tujuh Hari
SUMBER : MEDIA

Namun, setakat pagi tadi, isteri mangsa memaklumkan bahawa suaminya telah dibawa ke bilik bedah bagi menjalani proses pembedahan pada 11.30 pagi Selasa.

Difahamkan proses pembedahan yang dilakukan oleh pihak hospital itu dilakukan bagi melihat keadaan organ yang lain termasuk buah pinggang dan sebagainya.

SUSPEK KES TEMBAK KLIA 1 CUBA LARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA

Dalam pada pihak polis sedang berusaha mengesan suspek, dia dipercayai cuba meloloskan diri melalui sempadan negara sebelum berjaya ditahan di Kota Bharu, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ia berdasarkan rekod perjalanan suspek yang sering ke luar negara, selain memiliki pasport serta sejumlah mata wang asing Riyal dan Baht.

Suspek Kes Tembak Di KLIA 1 Direman Tujuh Hari
SUMBER : BERNAMA

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini, beliau berkata polis juga sedang memperhalusi kaedah yang dipercayai digunakan suspek untuk melarikan diri ke luar negara.

“Rekod perjalanan yang kita kaji sebelum ini memang suspek kerap ke luar negara seperti ke Arab Saudi dan Thailand sebelum masuk ke Malaysia.

“…ya, memang wujud usaha suspek untuk melarikan diri melalui sempadan negara dan kita masih mengumpul maklumat itu,” katanya.

Mengulas mengenai sama ada suspek ada membuat permohonan visa untuk ke luar negara, Mohd Shuhaily berkata perkara itu masih disiasat.

Mohd Shuhaily berkata siasatan awal mendapat suspek tiba di Kelantan pada 14 April lalu dengan menggunakan kereta yang sama iaitu Honda Civic, namun menukar nombor plat pendaftaran kereta itu bagi mengelak pergerakannya dikesan.

Menurutnya sebelum ditahan, lelaki tersebut sempat menginap di sebuah hotel di Kota Bharu.

Suspek Kes Tembak Di KLIA 1 Direman Tujuh Hari
Gambar sekadar hiasan. – SUMBER : MEDIA

“Suspek memiliki empat kad pengenalan diri milik orang lain dan satu daripada kad pengenalan itu digunakan untuk membuat pendaftaran hotel,” katanya.

Beliau berkata suspek menggunakan kad pengenalan milik orang lain untuk mengelakkan dirinya dikenal pasti orang awam dan dikesan oleh pihak berkuasa.

“Hasil intipan yang dilakukan, polis menahan lelaki itu berhampiran sebuah hospital swasta pada kita-kira 3 petang dan berlaku pergelutan,” katanya.

Untuk baca artikel yang berkaitan, klik DISINI.

SUMBER : BERNAMA