KLIA

SEPANG – Di KLIA 1 semalam, tular satu berita berkenaan seorang lelaki melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum tembakan tersebut terkena kepada seorang individu lain yang dipercayai merupakan pengawal peribadi.

Di media sosial juga tular berkaitan suasana di KLIA 1 yang dikejutkan dengan bunyi tembakan mengakibatkan orang ramai cuba berlindung untuk menyelamatkan diri.

@zakwanyaakub

Mohon hati hati . Ada kejadian tembak menembak di klia sekarang 1.30am… sapa yang ada kat sana atau otw ke sana mohon hati hati #klia #tembak #tembakmenembak #klia1

♬ original sound – Zakwanyaakub – Zakwanyaakub

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian tersebut berlaku dalam jam 1.15 pagi, semalam.

“Siasatan mendapati kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan yang melepaskan tembakan kepada isterinya.”

“Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,” – ujar Datuk Hussein Omar Khan.

Menurut beliau, mangsa yang cedera itu mendapatkan rawatan awal dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya.

SIAPA IDENTITI PENEMBAK ?INSIDEN KLIA

Semalam, setiap kontinjen polis negeri sudah digerakkan untuk mengesan suspek kes tembakan di balai ketibaan KLIA 1.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran kepada suspek yang sudah dikenal pasti dengan nama Hafizul Harawi, berumur 38 tahun supaya memberi kerjasama dan menyerahkan diri di balai polis.

  • KLIA
  • KLIA

“Semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen terdekat dan bersempadan dengan negara jiran kita telah gerakkan (bagi mengesan suspek).

“Jadi kepada saudara Hafizul saya sarankan datang ke mana-mana balai menyerah diri dengan aman, jangan kita ikut amarah kita dia akan memburukkan lagi keadaan,” – ujar Datuk Seri Mohd Shuhaily

KEADAAN TERKINI MANGSA YANG CEDERA

Semalam, pengawal peribadi yang terkena tembakan dan cedera itu terpaksa ditidurkan.

Menurut Datuk Seri Mohd Shuhaily, mangsa kini kritikal selepas terkena satu das tembakan pada jarak dekat sekitar tiga atau empat meter di kawasan balai ketibaan KLIA 1.

“Saya dimaklumkan mangsa di ‘induced coma’ (ditidurkan) sejurus keadaan kembali stabil dan pembedahan selanjutnya akan dijalankan ke atas pengawal peribadi itu.” ujarnya.

Akan tetapi, menerusi kemaskini terkini di Facebook dari isteri suspek penembak yang dikenali sebagai Farah Md Isa atau Farah Cie, mangsa yang cedera yang dipanggil sebagai “Along” masih tidak menyedarkan diri.

“Along” itu merupakan salah seorang dari pengawal peribadi Farah Cie dan dia menyatakan dalam kemaskini di Facebook yang dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan mata.

Sama-sama kita doakan kes ini akan selesai dengan cara yang sepatutnya.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, boleh tekan DISINI

SUMBER : ASTRO AWANI, HARIAN METRO, BERNAMA