KUALA LUMPUR – Semalam telah tular isu terbaharu yang didakwa ramai netizen bahawa kasut berjenama Malaysia, Vern’s mempunyai corak yang menyerupai kalimah Allah di tapak kasutnya.
Baru-baru ini juga isu yang hampir sama iaitu stokin kalimah Allah juga telah dikenakan pelbagai tindakan terhadap KK Mart dan pihak pengeluar. – BACA DISINI
Syarikat Vern’s di media sosial rasmi Instagram miliknya telah mengeluarkan kenyataan terhadap isu tersebut.
Verns menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk atau corak yang boleh menyinggung perasaan pelbagai pihak dan agama.
Mereka juga berharap untuk diberikan peluang untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai isu tersebut.
Verns menambah lagi kenyataan beliau dengan menjelaskan bahawa logo atau corak di tapak kasut tersebut adalah diilhamkan dari bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.
“Pertama sekali, ingin dijelaskan bahawa pihak kami sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.”
“Dan kami berharap agar diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo tersebut.”
“Untuk pengetahuan semua, logo ini 100% diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan.“
KETERANGAN PENGASAS VERN’S HOLDING SDN BHD
Pengasas Vern’s Holding Sdn Bhd, Ng Chuan Hoo baru sahaja memberi keterangan media kepada JAKIM, hari ini berkenaan isu tapak kasut tersebut.
Beliau berkata beliau memahami dan sedar betapa besarnya isu tersebut, dan beliau sudah meminta maaf kepada semua pihak sambil menundukkan kepala.
“Saya faham, (isu ini) tak menggembirakan umat Islam dan JAKIM sudah beri tunjuk ajar. Saya sedia memberi kerjasama penuh dan penjelasan kepada pihak berkuasa,”– ujarnya.
Tambahnya lagi, isu itu akan memberi pengajaran kepada pihaknya untuk belajar daripada kesilapan yang berlaku dan akan lebih sensitif pada masa depan.
“Saya nak belajar dari kesalahan ini supaya pada masa depan akan lebih sensitif dan berhati-hati. Kita perlu hormat antara satu sama lain walaupun ini sebenarnya salah faham,” – tambahnya lagi.
SUMBER : BERITA HARIAN

