KUALA LUMPUR – Yang di-pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK SuperMart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai Di Istana Negara di sini, semalam.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam sesi yang berlangsung selama 15 minit itu Chai memohon ampun dan maaf kepada seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berkaitan isu stokin yang tertera kalimah Allah yang tular baru-baru ini. – BACA DISINI
Sultan Ibrahim pula bertitah supaya menekankan semua pihak termasuklah KK Mart untuk lebih berhati-hati selepas ini, dengan produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara seperti isu ini berulang.
“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini,”- titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO).
“Sekali lagi saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” – titah Seri Paduka Baginda.
SUMBER : SINAR HARIAN
