Biar Betul? 6 Sambutan Perayaan Dalam Minggu Yang Sama Dengan Aidilfitri?

TAHUKAH ANDA?

Dalam minggu yang sama kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, kita juga telah menyambut 6 lagi perayaan di dalam negara ini.

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkongsi di laman media sosial X (Twitter) bahawa termasuk sambutan perayaan Aidilfitri, rakyat Malaysia sedang menyambut 6 perayaan dalam minggu yang sama.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Biar Betul? 6 Sambutan Perayaan Dalam Minggu Yang Sama Dengan Aidilfitri?

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, dan Malaysia sebagai negara yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi tidak terkecuali dari menyambut perayaan yang sama.

Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Perayaan Aidilfitri adalah berdasarkan Kalendar Islam dan disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Pengiraan bulan dalam setahun Hijrah menggunakan Kalendar Islam tidak jauh bezanya dengan Kalendar Lunar yang digunakan kerana Kalendar Islam juga mempunyai 12 bulan dalam setahun.

Namun begitu, untuk mengetahui bila bermulanya Hari Raya Aidilfitri tertakluk kepada dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Bagaimanapun, umat Islam di Malaysia bergantung pada cara rukyah dan bukan hisab. Makanya, ahli Falak Negara akan membuat cerapan pada hari-hari terakhir dalam bulan Puasa untuk melihat jika anak bulan sudah keluar atau belum (penanda sudah masuk bulan Syawal).

Sambutan Ugadi

Biar Betul? 6 Sambutan Perayaan Dalam Minggu Yang Sama Dengan Aidilfitri?

Ugadi merupakan perayaan tahun baharu yang disambut oleh mereka yang berketurunan Telugu di Malaysia. Menurut sumber, sambutan tahun baharu ialah “Ugadi” yang berasal daripada “yugadi ” “iaitu gabungan perkataan “yuga ” (tempoh masa) dan “adi ” (permulaan).

Manakala di negara India pula, Ugadi atau Yugadi disambut oleh mereka yang berketurunan Telugu, Tulu, Kodava dan Kannada di negeri Andra Pradesh, Telangana, Karnataka dan Goa.

Sambutan Tahun Baharu Tamil

Biar Betul? 6 Sambutan Perayaan Dalam Minggu Yang Sama Dengan Aidilfitri?

Sambutan tahun baharu kaum India yang lebih dikenali di Malaysia ialah Chittirai Puttandu iaitu sambutan komuniti Tamil. Perhatian yang lebih diberi kepadanya kerana majoriti kaum India di negara ini adalah berketurunan Tamil.

Tarikh perayaan untuk Tahun Baharu Tamil ini ditetapkan dengan kitaran suria dalam takwim Hindu, seperti hari pertama bulan Tamil Chithirai.

Sambutan Vaisakhi

Biar Betul? 6 Sambutan Perayaan Dalam Minggu Yang Sama Dengan Aidilfitri?

Vaisakhi dalam Bahasa Panjabi iaitu ਵਸਾਖੀ (vaisākhī) dan juga dikenali sebagai Baisakhi. Perayaan ini adalah pesta menuai di Punjab dan ia juga menandakan bermulanya tahun menuai baru dan musim suria baru.

Perayaan ini disambut oleh masyarakat sikh. Perayaan ini dinamakan vaisakhi kerana masyarakat ini percaya bahawa vaisakhi ini dikatakan diasaskan oleh Guru Amar Das pada tahun 1567. Pada hari ini semua penganut sikh akan berkumpul untuk mendapat restu daripada guru-guru mereka.

Hari vaisakhi ini disambut pada 13 April setiap tahun kerana ia dianggap sebagai hari lahir bagi undang-undang Khalsa ( suci) yang diamalkan oleh masyarakat ini.

Sambutan Hari Vishu

Biar Betul? 6 Sambutan Perayaan Dalam Minggu Yang Sama Dengan Aidilfitri?

Sambutan tahun baharu bagi orang Malayali dikenali sebagai Vishu dan jatuh pada 14 April juga. Di Malaysia, ia lebih merupakan sambutan secara kecil-kecilan bersama ahli keluarga.

Keunikan sambutan Vishu ialah pada amalan vishukani yang membawa makna “objek pertama yang dilihat pada tahun baharu”.

Beberapa sayur, buah, objek dan barangan kemas diletakkan pada talam khas untuk dipandang sebaik bangun pada pagi Vishu.


Satu lagi keunikan Vishu yang disambut orang Malayali ialah Vishu Sadhya iaitu makan tengah hari tradisional.

Sambutan Songkran

Biar Betul? 6 Sambutan Perayaan Dalam Minggu Yang Sama Dengan Aidilfitri?

Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di Malaysia turut menyambut perayaan tahun baru ini.

Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas.

Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.

Menteri Perpaduan Negara itu berkata, kepelbagaian di Malaysia adalah aset terbesar dan ternilai kepada kita semua. Tambah beliau, perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di Malaysia adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh semua rakyat.

Sumber: X (Twitter)