Konflik Iran-Israel: PM, Beberapa Anggota Kabinet Adakan Mesyuarat Khas

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan bersama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selain pegawai tertinggi kerajaan bagi membincangkan situasi terkini susulan konflik Iran-Israel di rantau Asia Barat itu.

Perdana Menteri menegaskan bahawa serangan yang dilancarkan Iran adalah tindak balas yang berpunca dari serangan biadap Zionis Israel ke atas kedutaan Iran di Damsyik, Syria baru-baru ini.

Katanya, ini tentunya adalah pelanggaran yang nyata terhadap hukum dan undang-undang antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan kini sedang memantau rapat perkembangan tersebut dan juga kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak ke atas Malaysia dan Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara.

“Kerajaan juga sedang mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia,”

“Malaysia berpendirian bahawa semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Asia Barat tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat, dan semua pihak mesti berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau tersebut,” tambah beliau.

Jelas beliau, sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera.

Seterusnya, Anwar pada Majlis Sambutan Kelahiran Dr Bhimrao Ramji Ambedkar Ke-133 dan Konvensyen Antarabangsa Ambedkar di Shah Alam, pada Ahad juga berkata bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat khas bersama beberapa menteri bagi membincangkan tentang perangkaan beberapa langkah segera yang boleh diambil disebabkan konflik Iran-Israel yang sedang berlaku itu.

  • Konflik Iran-Israel: Malaysia Pantau Rapat Perkembangan
  • Konflik Iran-Israel: Malaysia Pantau Rapat Perkembangan
  • Konflik Iran-Israel: Malaysia Pantau Rapat Perkembangan
  • Konflik Iran-Israel: Malaysia Pantau Rapat Perkembangan

“Di peringkat antarabangsa sudah tentulah kita harap dapat dicari jalan penyelesaian dan perdamaian kerana apa yang berlaku di sana akan menjejaskan keamanan dunia,” katanya lagi.

Pada 14 April baru-baru ini, Iran telah melancarkan serangan dron terhadap Israel.

Konflik Iran-Israel: PM, Beberapa Anggota Kabinet Adakan Mesyuarat Khas

Ianya susulan serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang telah membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan. – BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI

Konflik Iran-Israel: PM, Beberapa Anggota Kabinet Adakan Mesyuarat Khas

SUMBER : ASTRO AWANI