PUTRAJAYA 13 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan melanda Negeri Johor sehingga petang Isnin 13 Januari.
Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Johor di daerah Kluang, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga petang Isnin.
Penduduk di kawasan tersebut adalah diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
Orang ramai adalah dinasihatkan mendapatkan laporan cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil mycuaca laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia dan BERNAMA
