KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membuat gesaan terhadap badan antarabangsa bagi melaksanakan tekanan secara global, dengan menghantar kapal dengan muatan yang dipenuhi dengan bantuan kemanusiaan.
Mohd Azmi Abdul Hamid yakni Presiden MAPIM telah mengeluarkan kenyataan tersebut semalam dan sebabnya adalah gerakan dengan kapal flotila melalui Laut Mediterranean dilihat sebagai satu sahaja laluan untuk ke kawasan Gaza, Palestin.
“Semua negara yang mampu dan sanggup menyertai dalam menghantar kumpulan kapal mereka yang membawa bantuan kemanusiaan yang dihalang daripada memasuki Gaza. Gesaan untuk satu tindakan bersepadu bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk di Gaza yang kebuluran dan menjadi pelarian tidak sepatutnya ditangguhkan lagi.”
“Semua kerajaan yang meminta supaya dilaksanakan gencatan senjata tidak seharusnya teragak-agak menyertai langkah terakhir ini untuk menyelamatkan Gaza daripada pembunuhan beramai-ramai.”
“Tekanan antarabangsa perlu dilakukan bersungguh-sungguh untuk memaksa sekatan di Gaza dibuka dan penyaluran bantuan harus dilanjutkan dengan serta-merta,” ujar Mohd Azmi.
Dalam masa yang sama, Mohd Azmi juga mengatakan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan semua agensi antarabangsa gagal menghalang dan memberhentikan jenayah genosid rejim negara haram Israel di Gaza.
Beliau menegaskan bahawa negara haram Israel telah membuat kepungan yang menjejaskan Semenanjung Gaza sejak 2006 yang menggugat penjagaan kesihatan paling asas, makanan, air minuman, dan juga infrastruktur penting untuk membantu kehidupan di Gaza.
Mohd Azmi turut berkata sejak 7 Oktober 2023, kemusnahan infrastrujtur dan kehilangan nyawa daripada pengeboman dan sekatan ke atas bantuan kemanusiaan telah mengakibatkan malatepeka yang dahsyat di Gaza.
“Pembunuhan beramai-ramai paling kejam ke atas warga Palestin di Gaza dalam lebih dari 140 hari, malah semasa perbicaraan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Israel telah melaksanakan pengeboman tidak henti-henti meragut ratusan nyawa setiap hari.”
Serangan selama lima bulan dengan lebih daripada 29,000 kematian orang awam (termasuk lebih 15,000 kanak-kanak) dan 70,000 mangsa cedera adalah lebih daripada cukup untuk merumuskan bahawa Israel melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang amat kejam,” tambahnya lagi.
Untuk info tambahan, pada 10 Februari yang lepas program tiga hari “International Post War Gaza Rebuilding Programme” yang turut disertai oleh MAPIM telah dilaksanakan.
Program ini akan dihadiri oleh wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan juga wakil dari kedutaan delegasi negara-negara yang terlibat.
Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan termasuk Rusia, United Kingdom, New Zealand, Pakistan, Indonesia, Lubnan, Singapura, Thailand, Kemboja, serta negara-negara di Timur Tengah. – LIHAT DISINI
SUMBER : BERNAMA

