PUTRAJAYA – Perdana Menteri Kemboja Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia, hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini untuk berbincang mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Ini merupakan lawatan pertama Hun Manet ke Malaysia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Kemboja pada Ogos lepas.
Ketibaan Hun Manet di bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat perdana menteri, disambut oleh Anwar pada kira-kira pukul 10.15 pagi.

Sebaik tiba, Perdana Menteri Kemboja diberi sambutan rasmi di Dataran PErdana di sini, dan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, sebelum Hun Manet dibawa memeriksa Kawalan Kehormatan Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Turut hadir bagi menyambut kedatangan Hun Manet ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta beberapa menteri kabinet, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sumber: BERNAMA
