Kemboja

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Kemboja, Hun Hanet semalam mengadakan pertemuan dengan pelbagai orang berkepentingan di Malaysia, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya. – BACA DISINI

Ini adalah ringkasan perkukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Kemboja, semalam.

PERSETUJUAN MALAYSIA – KEMBOJA, BENTUK JAWATANKUASA PERDAGANGAN BERSAMA

Malaysia dan Kemboja telah bersetuju semalam untuk membentuk Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) pada tahun ini untuk meneroka pelbagai potensi yang boleh dijumpai dalam perdagangan, pelaburan dan pelancongan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam masa yang sama, ujar Anwar.

Beliau mengatakan mekanisme perdagangan baharu ini akan membolehkan kerjasama antara Jabatan Kastam untuk memudahkan pergerakan barangan oleh kedua-dua negara untuk urusan perdagangan.

“Kita mempunyai potensi besar dari segi meningkatkan kuantiti perdagangan minyak sawit, beras putih dan kementerian perdagangan kedua-dua negara akan menggunakan platform JTC untuk menangani cabaran ini dan mencari penyelesaian perdagangan dan pelancongan.

“Pelaburan sudah ada tetapi kita perlu menjangkakan lebih banyak pelaburan ke Kemboja dan dari Kemboja ke Malaysia,” kata Perdana Menteri semasa sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Manet di Perdana Putra, di sini, semalam.

Sementara itu Anwar berkata nilai pelaburan syarikat Malaysia yang melabur di Kemboja melepasi US$3 bilion setakat ini.

SUMBER : BERNAMA

MALAYSIA – KEMBOJA, BERSETUJU SEGERAKAN JCBC

  • Kemboja
  • Kemboja
  • Kemboja

Malaysia dan Kemboja telah sepakat untuk mempercepatkan kajian semula kerjasama dua hala dalam bidang penting melalui Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC), menurut kenyataan Anwar Ibrahim.

Anwar menjelaskan dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, di Perdana Putra semalam, bahawa kedua-dua negara telah bersetuju agar Menteri Luar dari kedua-dua pihak segera menetapkan tarikh mesyuarat JCBC lebih awal daripada yang dijangka asal.

Keputusan ini menunjukkan kesungguhan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dan memajukan kerjasama di pelbagai sektor penting.

“Pastinya isu-isu seperti sekuriti makanan, kerjasama dalam penyelidikan, perdagangan dan pelaburan, industri Halal, tenaga boleh diperbaharui, industri teknologi tinggi termasuk EV (kenderaan elektrik) dan AI (Kecerdasan Buatan) akan dibincangkan,”ujar Anwar.

Malaysia dijadualkan menjadi tuan rumah JCBC tahun ini.

Sebelum itu, Hun Manet tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi sehari atas jemputan Anwar, dan ia merupakan lawatan sulung beliau sejak dilantik menjadi Perdana Menteri Kemboja pada Ogos 2023. Hun Manet diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana.

Merujuk kepada masyarakat Islam di Kemboja, Anwar berkata Malaysia berminat untuk bekerjasama dengan negara itu bagi memperkasakan masyarakat berkenaan di samping memupuk bakat muda dengan kemahiran serta ilmupengetahuan yang diperlukan, bagi memenuhi keperluan masa depan dalam perniagaan.

“Dengan sokongan anda, kami akan menyediakan latihan yang diperlukan untuk memastikan kita memainkan peranan yang positif dan bermakna di Kemboja,” katanya.

Kemboja juga merupakan antara negara terawal yang menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada tahun 1957 dan pada tahun 2023, Kemboja disenaraikan sebagai rakan dagang ke-9 terbesar Malaysia di rantau ASEAN.

Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kemboja berjumlah RM3.02 bilion, dengan eksport dari Malaysia ke Kemboja bernilai RM2.35 bilion, meningkat 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya dan berjaya menjadikan syarikat-syarikat di Malaysia melaksanakan 162 projek di Kemboja, dengan pelaburan berjumlah RM14.4 bilion.

SUMBER : BERNAMA

PERDANA MENTERI KEMBOJA – YANG DI PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Hun Manet di Istana Negara.

Dalam cacatan Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Hun Manet dan delegasi beliau tiba di Istana Negara oada 3 petang dan sesi menghadap itu dilangsungkan selama 30 minit di Dewan Seri Mahkota.

SUMBER – Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Digitak Gobind Singh Deo selaku Menteri Pengiring.

SUMBER : BERNAMA

PERDANA MENTERI KEMBOJA – YANG DIPERTUA DEWAN NEGARA

  • Kemboja
  • Kemboja

Hun Manet mengadakan juga kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul Johari di Parlimen di sini, semalam.

Hun Manet dan delegasi beliau meluangkan masa lebih kurang 10 minit untuk mengikuti persidangan Dewan Rakyat sebelum bertemu Mutang dan mengatakan ia akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia – Kemboja.

“Kami meneliti langkah yang melakukan pertukaran lawatan ,membabitkan kedua-dua dewan antara Malaysia dan Kemboja supaya kita boleh melihat amalan terbaik yang boleh kita pelajari untuk mempertingkat profil dewan senat di sini.” ujar Hun Hanet.

Johari pula berkata pertemuan beliau dengan Hun Hanet diisi dengan perbincangan berkaitan kemajuan hubungan dua hala antara negara, dan pertukaran anak muda khusunya golongan mahasiswa dan pimpinan muda serta pendidikan.

“Saya juga mengutarakan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi persidangan ASEAN 2025, jadi saya rasa harus ada penyatuan dan kejituan antara kedua-dua negara supaya kita dapat menggunakan ASEAN sebagai platform untuk kita bergerak lebih mantap bersama.” tambah Johari.

SUMBER : BERNAMA