stokin

KUALA LUMPUR – Baru baru ini tular dengan isu “stokin kalimah Allah”  di dalam kedai runcit KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan ia menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Islam.

KK Mart beberapa hari yang lalu dilaporkan memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu dalam Malaysia.

Pengasas dan pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, sepanjang tempoh 23 tahun mengusahakan perniagaan terbabit, tidak pernah pihaknya melakukan kesilapan seumpama itu.

Beliau sudah membuat permohonan maaf dalam persidangan media pada 16 Mac yang lalu.

SUMBER : HARIAN METRO

Pada masa yang sama, antara hantaran yang tular mengenai isu tersebut adalah dari Firdaus Wong, seorang pempengaruh yang sering menegakkan keadilan untuk orang islam.

  • stokin
  • stokin

Selepas tularnya hantaran tersebut dan semakin tular di platform yang lain, laporan polis menyusul dan akhirnya kilang yang mengeluarkan stokin ini ditemui dan disiasat.

SIASATAN POLIS DI SRI GADING, BATU PAHAT

Polis berjaya menemui lima lagi pasang stokin tertera kalimah Allah dalam sebuah kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Sri Gading, dua hari lepas.

Asisten Komisioner Ismail Dollah yakni Ketua Polis Daerah Batu Pahat berkata hasil siasatan mendapati 5 pasang stokin itu adalah yang dipulangkan oleh tiga kedai KK Mart yang berada di Sunway.

Siasatan awal mendapati stokin tersebut ditempah daripada sebuah syarikat di China dan kilang berkenaan hanya terbabit dalam pembungkusan dan pengedaran untuk pasaran tempatan, khususnya KK Mart.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pemeriksaan ke atas semua stoking diimport dari China

“Saya mohon semua pihak termasuk, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu supaya tidak ambil tindakan menyalahi undang-undang seperti perhimpunan, ‘flash mob’ atau demonstrasi berkaitan dengan isu ini.

“Semua pihak diminta memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan, malah kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau NGO ataupun pertubuhan yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang,” ujar Ismail.

AGONG MURKA, TITAH TINDAKAN KERAS TERHADAP PELAKU

  • stokin

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka dan menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Yang di-Pertuan Agong juga bertitah, adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.

“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

SUMBER : BERITA HARIAN , ASTRO AWANI

Untuk membaca artikel yang lain, klik ; DI SINI