Isu stoking KK Mart ini wajar didepani dengan penuh hemah oleh pimpinan bukan Islam apatah lagi dalam gelanggang yang sama. Melempar tuduhan bahawa Ketua Pemuda UMNO sebagai cuba melakukan “hasutan” ini seperti menambah api kepada bara yang masih menyala.
Ini ruang paling wajar sebenarnya untuk menunjukkan rasa empati dengan perasaan majoriti masyarakat Melayu dan umat Islam. Berkawan dan bersahabat, hatta berlawan pun ada adabnya. Jangan meminggirkan pendapat dan pertimbangan orang Melayu dan umat Islam dalam hal yang sensitif. Ia tidak akan menjadikan kalian lebih dihormati.
Ketua Pemuda UMNO (Dr Akmal) hanya konsisten menzahirkan rasa khuatir bahawa kesilapan menjolok dan menusuk perasaan umat Islam wajar dihentikan segera. Jangan tolak dan ambil mudah sentimen ini.
Peribahasa Melayu selalu mengingatkan ;
“Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan; pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan”.
Dr Akmal hanya menyampaikan betapa menggelodak dan menggelegak rasa majoriti umat Islam. Dalam keadaan itu, pimpinan bukan Islam dalam Kerajaan, mesti menunjukkan empati – bukan “antipati” dan menidakkan.
Ibarat kata, “you can’t defend the indefensible – anything you say sounds self-serving and hypocritical”. Sifirnya mudah: hemah bicara, tunjuk empati. Lebih bijak lagi, diam dan perhati – seperti yang ditunjukkan ramai pemimpin lain. Jika kita tiada kata-kata yang indah untuk diungkapkan, maka diam adalah lebih mulia.
Ambil berat tentang sentimen majoriti. Nipiskan angkuh. Jangan selalu terlajak kata.
#Lailahaillallah
#KKMart
#DemiKepalaBatas
#BertamKita
#KepalaBatasDiHatiKu
https://www.facebook.com/share/v/iAiReKzvkDjZMR4N/?mibextid=WC7FNe
