PUTRAJAYA – Telah berlangsung acara pertukaran dokumen Malaysia-Singapore English Volunteers Programme (MSEVP) antara Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Singapura, HE Chan Chun Sing disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, HE Lawrence Wong.

Acara ini adalah sebahagian daripada Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 yang berlangsung di Putrajaya.

Kerjasama bilateral yang baik antara Malaysia dan Singapura dapat memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua buah negara dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan.

Program rintis MSEVP yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid akan bermula pada pertengahan tahun ini.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia