PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membuka semula perbincangan beberapa isu yang tertangguh sebelum ini merangkumi pembekalan air, persempadanan maritim dan ruang udara.
Anwar berkata demikian ketika menerima kunjungan rakan sejawatanya dari Singapura PM Lawrence Wong dan delegasi sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada Selasa.
Selain itu, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan inisiatif unik apabila dua negara bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia dan Singapura ditadbir oleh pentadbiran yang stabil dari segi politik dengan dasar ekonomi yang jelas bertujuan menarik pelaburan. Potensi pelaburan dan perniagaan cukup besar yang boleh diterokai oleh kedua-dua negara.
Sumber BERNAMA
