SEPANG – Pelancongan bernilai tinggi dan lestari merupakan tunggak utama dalam Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam acara yang gilang gemilang di sini.

Anwar turut menyarankan agar pemain industri pelancongan seperti pengusaha hotel dan inap desa, pemandu pelancong, pemilik perniagaan dan rakyat seluruh rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk meningkatkan aktiviti berasaskan pelancongan kerana industri ini mampu memberikan pulangan yang cukup besar kepada negara.

Kempen ‘Surreal Experiences’ sangat menarik kerana kempen ini mengajak dunia untuk menerokai kecantikan dan kepelbagaian budaya dan keindahan di Malaysia yang tiada di tempat lain yang pasti menjanjikan pengalaman yang cukup bermakna kepada para pelancong.

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dijangka dapat menarik 35 juta pelancong dan sebanyak RM147 billion pendapatan dapat dijana menerusi kempen ini.

Sumber BERNAMA