Mugla, Turkiye – Sebuah helikopter terhempas di wilayah Mugla, Turkiye pada 22 Disember 2024, mengakibatkan empat orang maut. Helikopter tersebut jatuh setelah merempuh tingkat empat sebuah hospital di daerah Mentese. Mangsa yang terkorban termasuk dua juruterbang, seorang doktor, dan seorang petugas kesihatan. Gabenor wilayah Mugla, Idris Akhbiyik, menyatakan bahawa kabut tebal menjadi punca utama nahas tersebut. Pasukan bomba, petugas kesihatan, polis serta Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan menghadapi tragedi ini.