Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat telah mengumumkan bantuan Khas Kewangan sempena AidilFitri kepada semua penjawat awam kerajaan gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500 dan juga pesara kerajaan veteran berpencen dan juga tidak berpencen sebanyak RM250.
Bantuan tersebut akan disalurkan ke akaun penerima pada Isnin 24 Mac. Anwar berharap bantuan khas tersebut mampu meringankan beban dalam menyambut AidilFitri yang akan datang.
