Apple Vision Pro

Apple memperkenalkan secara rasmi set kepala pertama di acara WWDC 2023. Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, berkata peranti boleh pakai baharu itu menandakan permulaan era baharu untuk pengkomputeran.

“Sama seperti Mac memperkenalkan kami kepada pengkomputeran peribadi, dan iPhone memperkenalkan kami kepada pengkomputeran mudah alih, Apple Vision Pro memperkenalkan kami kepada pengkomputeran spatial,” katanya.

Walaupun ia mungkin kelihatan seperti realiti maya (VR), secara rasmi sebagai Apple Vision Pro tidak seperti yang ada di pasaran sebelum ini.

“Ia dibina berdasarkan beberapa dekad inovasi Apple, dan bertahun-tahun akan datang dan tidak sama seperti yang dicipta sebelum ini — dengan sistem input baharu yang revolusioner dan beribu-ribu inovasi. Ia membuka pengalaman yang luar biasa untuk pengguna kami dan peluang baharu yang menarik untuk pembangun kami,” kata Cook.

“Mencipta komputer spatial pertama kami memerlukan ciptaan merentasi hampir setiap aspek sistem,” kata Mike Rockwell, naib presiden Apple bagi Kumpulan Pembangunan Teknologi. “Melalui integrasi perkakasan dan perisian yang ketat, kami mereka bentuk komputer spatial kendiri dalam faktor bentuk boleh pakai padat yang merupakan peranti elektronik peribadi paling canggih yang pernah ada.”

Pada mulakan ada khabar angin mengatakan ia akan dinamanya realityOS. Akan tetapi, semalam Apple mengumumkan sistem pengendalian spatial pertama syarikat yang menampilkan visionOS.

Pada pembentangan Apple, visionOS menampilkan interface 3D yang membolehkan muncul aplikasi di luar paparan supaya ia boleh muncul bersebelahan pada sebarang skala.

Dengan cara ini, Apple berkata pengguna boleh menjadi lebih produktif kerana cara aplikasi dipaparkan dan cara baharu untuk membuat banyak kerja dalam satu masa .

Magic Keyboard dan Magic Trackpad juga menyokong Apple Vision Pro atau berpasangan dengan Mac secara wayarles.

Akan memasuki pasaran pada 2024 dalam lingkungan harga RM16,000.