Lee Zii Jia

Dato’ Seri Reezal Merican, semalam sempat menghubungi bintang perseorangan badminton negara Lee Zii Jia menerusi panggilan video. Dimana ketika ini Zii Jia sedang beraksi di Kejohanan Badminton Terbuka Australia.

Seperti yang kita tahu, Zii Jia kini berada di ranking nombor 2 dunia dan sedang memburu slot ke World Tour Finals yang akan berlangsung di Bangkok. Zii Jia kini berada di tangga ke-9 ranking World Tour dan jika Zii Jia layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir Terbuka Australia, beliau akan menempah tiket ke World Tour Finals.

“Selamat maju jaya untuk Lee Zii Jia dari saya dan seluruh Keluarga Kepala Batas. All the best Zii Jia! Make us proud. Demi Malaysia!”