GAZA, PALESTIN – Berikutan serangan demi serangan yang dilancarkan oleh pihak negara haram Israel ke arah wilayah Gaza, ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah terkorban dan bekalan elektrik, api dan air semuanya disekat oleh Israel menyukarkan lagi kehidupan rakyat-rakyat Palestin, lebih-lebih lagi kanak-kanak, wanita, warga emas dan pesakit yang menerima rawatan di hospital.

Sejurus selepas pintu sempadan Rafah dibuka, 17 konvoi trak bantuan kemanusiaan yang datang dari pihak Qatar dan Mesir masuk kedalam wilayah Gaza untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan pada hari ahad yang lalu.

Selain itu, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga ada menyatakan sekurang-kurangnya 100 trak bantuan diperlukan untuk menampung nasib dan keperlua 2.4 juta rakyat Palestin yang terkesan dengan serangan dari Israel tersebut.

Situasi menjadi semakin genting apabila bekalan api juga akan habis dalam masa tiga hari telah dinyatakan oleh Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin, Philippe Lazzarini.

Tambahan pula, hospital juga terkesan dengan kekurangan bekalan api ini kerana penjanaan elektrik kecemasan memerlukan bahan api dan satu persatu hospital di Palestin terpaksa ditutup akibat kesusahan merawat pesakit yang terkesan.

Nyawa pesakit yang berada dalam hospital mempunyai risiko yang besar dan menurut jurucakap kesihatan dari Gaza, ia merupakan satu kezaliman kemanusiaan terhadap Gaza.

Pada 12 Oktober yang lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga ada menyebut bahawa fasiliti kesihatan di Gaza sudah “tenat” dan mempunyai risiko yang besar untuk lumpuh.

Mengikuti perkembangan semasa, negara haram Israel telah melanjutkan kekejaman mereka menerusi serangan ke wilayah Gaza dan berdasarkan kenyataan Hamas, mereka membunuh sekurang-kurangnya 80 orang awam dan 30 buah rumah terkesan dari serangan itu.

Jurucakap negara haram Israel, Daniel Hagari pula meneruskan penipuan mereka dengan mendakwa mereka membunuh puluhan pengganas dan berjaya membunuh Timbalan Komander Rangkaian Roket Hamas dalam serangan tersebut.