BATU PAHAT – Penjaga dan juga pekerja kebun durian di lokasi penemuan rangka dipercayai milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini, tidak menyangka terdapatnya rangka di situ kerana selain bau durian, tiada sebarang bau busuk dan mencurigakan.

@negaranews

VIRAL – Penjaga dan juga pekerja kebun durian di lokasi penemuan rangka dipercayai milik remaja, Hafiz Fauzan berumur 17 yang dilaporkan hilang sebelum ini, tidak menyangka terdapatnya rangka di situ kerana selain bau durian, tiada sebarang bau busuk dan mencurigakan. Penjaga kebun yang dikenali sebagai Wong, 72, berkata dia berulang-alik setiap hari ke kebun yang letaknya bersebelahan dengan Kompleks Penghulu Mukim Linau sejak sebulan lalu, kerana membersihkan kebun serta mengutip buah durian. SUMBER VIDEO : BERITA HARIAN Klik link di bio untuk membaca artikel penuh. #hafizfauzan #hilang #batupahatjohor #johor #malaysiatiktok #negaranews

♬ original sound – Negara News – Negara News

Penjaga kebun yang dikenali sebagai Wong, 72, berkata dia berulang-alik setiap hari ke kebun yang letaknya bersebelahan dengan Kompleks Penghulu Mukim Linau sejak sebulan lalu, kerana membersihkan kebun serta mengutip buah durian.

Beliau berkata semenjak kira-kira 30 tahun menjaga kebun terbabit yang berkeluasan enam ekar, itulah kali pertama penemuan tulang dan rangka manusia di lokasi itu, meskipun pernah menemukan beberapa tulang haiwan yang mati sebelum ini.

“Sebenarnya, pada empat hari lepas (Sabtu) saya ada menemukan tulang di kebun ketika kerja pembersihan, namun tidak menyangka ia milik manusia dan beranggapan ia milik haiwan kerana tiada bau yang kurang menyenangkan.

Wong, 72, Penjaga Kebun Durian.

“Namun, semalam saya ternampak pasukan polis di lokasi yang menyatakan terdapatnya rangka manusia sebelum diminta untuk membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di kebun durian di Jalan Yong Peng, di sini, hari ini.

Wong, 72, Penjaga Kebun Durian.

Sementara itu, Penyelia Pembinaan Kompleks Penghulu Mukim Linau Mohd Rizza Masri, 38, turut menyatakan tiada bau busuk di lokasi itu, walaupun dia bekerja di kawasan kira-kira 50 meter dari tempat itu, sejak dua bulan lalu.

“Saya dan pekerja lain bekerja seperti biasa sehingga ramai orang datang bersama polis, barulah kami tahu yang terdapatnya rangka dan juga motosikal yang dikatakan milik remaja yang dilaporkan hilang bulan lepas,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan penemuan rangka manusia dalam kebun durian yang disyaki milik Hafiz Fauzan Abdul Halid, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) selepas dilaporkan hilang 26 Mei.

Turut ditemukan motosikal yang hampir sama digunakan Hafiz Fauzan berdasarkan nombor pendaftaran seperti dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

PERMULAAN KES HILANG HAFIZ FAUZAN

Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini, dilaporkan hilang selepas keluar menonton perlawanan bola sepak, pada Ahad, 26 Mei 2024.

Abdul Halid Sugiman, 44, berkata, anaknya Hafiz Fauzan, sebelum itu diambil dari asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) Parit Raja sempena cuti sekolah.

“Selepas menjemputnya, kami keluar makan bersama-sama. Selepas sampai rumah, Hafiz meminta izin untuk keluar menonton perlawanan bola di kedai makan berhampiran rumah di Bandar Putera Indah di Batu Pahat.

“Ketika keluar, dia juga menyatakan akan ke Parit Ju untuk mengambil rakan sekelasnya kerana kebiasaannya mereka berdua akan menonton bersama-sama di kedai makan itu.

“Bagaimanapun, difahamkan rakannya itu tiada di rumah kerana mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan pesta buku di sana,”

Abdul Halid Sugiman, 44, ayah kepada Hafiz Fauzan.

Menurut Abdul Halid lagi, usaha mengesan anaknya sudah dilakukan dengan menghubungi rakan serta gurunya yang membuat rombongan sekolah namun Hafiz tiada.

Hebahan mengenai kehilangan Hafiz oleh IPD Batu Pahat.

Hebahan mengenai kehilangan Hafiz oleh IPD Batu Pahat.

“Kami juga sudah menghubungi rakan-rakan lain serta saudara terdekat juga tidak mempunyai maklumat tentang Hafiz.

“Selain itu, kami meninjau di beberapa jalan yang mungkin dilalui sepanjang Jalan Tongkang Pechah ke Parit Raja, namun tiada petunjuk diperoleh.

“Ketika keluar Hafiz menunggang motosikal jenis Honda Future 125 nombor pendaftaran JDL 1421 berwarna hitam dan menyarung jaket juga berwarna hitam,” ujar ayah Hafiz Fauzan lagi.

SUMBER : ASTRO AWANI, SINAR HARIAN