Azmi, yang menggunakan akaun Facebook “عزمي حاجعزيز (Azmi Haji Aziz)”, didakwa memuat naik kartun ubah suai yang berunsur penghinaan dan gangguan terhadap pihak lain.
Posting tersebut juga dikatakan mengandungi mesej politik yang jelas.
Menurut mahkamah, saman telah diserahkan pada 30 September 2025, namun tertuduh tidak hadir tanpa sebarang alasan.
Susulan itu, hakim mengeluarkan waran tangkap dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 6 November 2025.
Apa Kes Ini Tunjukkan :
Kes ini menjadi peringatan bahawa undang-undang siber terpakai untuk semua orang, termasuk ahli politik.
Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) memperuntukkan kesalahan menggunakan internet untuk menghina, mengugut atau mengganggu orang lain.
Ia juga menimbulkan persoalan tentang kawalan dan disiplin media sosial dalam kalangan ahli parti politik, khususnya bila melibatkan kandungan berunsur agama atau politik.
Kesimpulan :
Media sosial bukan tempat bebas tanpa batas.
Setiap perkongsian, komen, atau sindiran – jika melampaui garis undang-undang – boleh membawa akibat.
Kebebasan bersuara datang dengan tanggungjawab
