kebuluran

RAFAH – Menurut Kementerian Kesihatan gaza berkata, sekurang-kurangnya 25 kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran, kekurangan zat makanan atau dehidrasi di Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, Utara Gaza, dimana wilayah tersebut mempunyai kekurangan makanan paling ketara.

Walau bagaimanapun, jurucakap Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Christian Lindmeier berkata beliau yakin angka sebenar kematian akibat kebuluran adalah jauh lebih tinggi.

“Bekalan bantuan kemanusiaan termasuk makanan, tidak dapat memasuki Gaza sejak pertengahan Januari dan bekalan makanan sedia ada di wilayah yang bergolak sudah lama habis.

“Menjadi satu kesalahan besar jika masyarakat antarabangsa terus berdiam diri membiarkan anak-anak ini menemui ajal,” ujarnya.

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang kanak-kanak bernama Yazan Kafarnah meninggal dunia akibat kebuluran yang disebabkan oleh pihak negara haram Israel yang menghalang bantuan makanan dan minuman masuk ke Gaza.

SUMBER : Eye On Palestine (@eye.on.palestine) di Instagram.

Dilihat badannya mengalami malnutrisi dan kelihatan sangat kurus akibat kebuluran.

Dr Ahmad Salem, dari unit rawatan rapi hospital Kamal Adwan berkata, salah satu faktor kematian yang terbesar bagi kanak-kanak di Gaza ialah ibu yang baru melahirkan anak mengalami kekurangan zat makanan.

“Justeru, mereka tidak dapat menyusukan anak manakala kami tidak mempunyai susu formula.

“Ini menyebabkan banyak kematian kanak-kanak di unit rawatan rapi (ICU), malah saya difahamkan, di taska juga terdapat banyak kematian,” tambahnya.

Jururawat, Diaa Al-Shaer, menyatakan bahawa jumlah kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan dan pelbagai masalah kesihatan kini mencatatkan peningkatan yang mencemaskan.

“Dalam tempoh baru-baru ini, kami mendapati peningkatan pesakit yang mengalami kekurangan zat makanan,” ujarnya.

Hampir lima bulan setelah serangan udara dan darat oleh Israel di Semenanjung Gaza, yang menyebabkan perpindahan besar-besaran, masalah kekurangan makanan yang serius telah mencetuskan krisis kebuluran, menurut Penyelaras Kemanusiaan PBB.

Bantuan makanan ke seluruh kawasan Gaza tidak kira di Rafah mahupun di utara Gaza perlu diperbanyakkan kerana ianya semakin berkurangan dan ia menjadi semakin teruk kerana satu-satunya lintasan di mana negara Haram Israel benarkna trak melaluinya di Selatan Gaza.

Tambahan lagi, Pengarah wilayah Sementara Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Adele Khodr berkata beberapa trak bantuan dipaksa berhenti oleh orang ramai yang terdesak sebelum ia sampai ke utara Gaza.

“Perasaan tidak berdaya dan putus asa dalam kalangan ibu bapa dan doktor apabila menyedari bahawa bantuan menyelamatkan nyawa, hanya beberapa kilometer jauh tidak dapat dicapai, pasti tidak dapat ditanggung,” ujarnya.

Dalam laporan keadaan terkini bertarikh 1 Mac, agensi PBB untuk pelarian Palestin, UNRWA, berkata purata kira-kira sebanyak 97 trak sehari memasuki Gaza pada Februari, turun daripada kira-kira 150 trak pada Januari, jauh lebih rendah daripada 500 trak yang diperlukan setiap hari.

SUMBER : BERITA HARIAN