Dato’ Seri Reezal Merican menyatakan bahawa gambaran ketika menghadiri Malam Mesra Rakyat Bertam Putra bertempat di Padang Awam Bertam Putra malam kelmarin sangat luar biasa.
Dengan cuaca yang baik memungkinkan untuk berkumpul, bersilaturahim dan beramah mesra sesama mereka iaitu Keluarga Kepala Batas.
Apabila melihat kemajuan Bertam Putra yang semakin hebat sememangnya menggembirakan
Tambahan tidak lama lagi Masjid Bertam Putra yang serba moden akan dibangunkan di sini,berharap ia akan memberi lebih keselesaan kepada ahli komuniti untuk beribadah dan pastinya menjadi mercu tanda baharu Bertam Putra itu.
Menuruntnya, nikmat Kemakmuran yang dikecapi ini wajib dipertahankan, Insya Allah seiring kita bersama Barisan Nasional di Kepala Batas ini akan membawa lebih Kemakmuran, Kestabilan buat semua.
