SEOUL – Korea Selatan dan Amerika Syarikat memulakan analisis perakam data pesawat (FDR) Pesawat Jeju Air yang terhempas pada bulan lepas. Menurut laporan berita Yonhap, pasukan penyiasat dari kedua negara sudah mula mengumpulkan sepihan pesawat untuk mengetahui punca kejadian malang tersebut.

Menteri Dalam Negeri Korea Selatan, Ko Ki Dong berjanji bahawa siasatan adalah telus dan dijalankan mengikut piawaian antarabangsa yang ketat.

Pesawat malang Jeju Air terbabas dan terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan itu telah meragut 179 nyawa dan merupakan antara nahas pesawat yang terbesar di negara itu.